Umat Islam yang prihatin seharusnya memBoikot Restoran Islam yang beroperasi di 
kawasan majoriti Islam sejak dari sarapan pagi lagi pada bulan Ramadhan 
walaupun ianya atas alasan Restoran 24 jam.

Restoran sebegini memberi ruang kepada umat Islam yang tidak berpuasa membeli 
makanan dengan lebih mudah dan bebas. Janganlah kita bersubahat dengan 
memajukan lagi Restoran biadap sebegini.

Memandangkan tiada undang-undang untuk para peniaga beroperasi di bulan 
Ramadhan , umat Islam yang prihatin haruslah menggunakan kuasa pengguna mereka 
untuk memBoikot Restoran Islam yang beroperasi di siang hari pada bulan 
Ramadhan.

Boikot ini haruslah diteruskan selepas bulan Ramadhan dan sepanjang tahun agar 
peniaga yang memikirkan untung dunia semata-mata ini hormat pada umat Islam dan 
bulan Ramadhan.

Kalau Restoran Islam ini tidak hormat bulan Ramadhan , adakah kita yakin dengan 
tahap keHALALan makanan yang disajikan ? 

Oleh itu marilah kita sokong Restoran Islam yang menghormati bulan Ramadhan , 
yang beroperasi sebelum waktu berbuka puasa hingga waktu sahur.

Disarankan juga kepada para blogger Islam yang prihatin agar menyiarkan 
mana-mana Restoran Islam yang kurang ajar di tempat mereka dan mana Restoran 
Islam yang harus disokong di seluruh Malaysia , bukan sahaja di Senawang.

Pautan berikut ialah gambar-gambar yang diambil pada sekitar jam 8 pagi Khamis 
27 Ogos 2009 Restoran Islam yang beroperasi dan yang tidak beroperasi pada 
siang hari 
http://waghih.blogspot.com/2009/08/restoran-islam-kurang-ajar-di-senawang.html 



      

Kirim email ke