Jgnle buruk sangka, Tiada satu ayat Al-Quran atau Hadis melarang kita berniaga restoran waktu pagi di bulan Ramadhan.
Mungkin juga pelanggan mereka lebih banyak bukan orang ISLAM. atau yg membelinya adalah pekerja kontrak binaan. Sebelum kita mengutuk mereka yg kerja kontrak binaan tu, cuba le sehari kerja bersama mereka. Tetapi tak semua tak puasa, aku kenal seorg pekerja binaan yg puasa, bila buka 1 jag air dia seorang aje. Haus gila. Dia tu pangkat SUPERVISOR Setahu aku, ada sesetengah tempat, jualan hanya dibenarkan selepas jam 3.00 ptg. Sila Rujuk paper last week pasal ada peniaga kena angkut barang niaga mereka pasal start menjual sebelum jam 3.00 ptg. Bulan baik ni, mari le kita membersih diri kita dari bersangka buruk sesama kita. itu baru namanya puasa yg sebenar. 2009/8/27 <> > > > Umat Islam yang prihatin seharusnya memBoikot Restoran Islam yang > beroperasi di kawasan majoriti Islam sejak dari sarapan pagi lagi pada bulan > Ramadhan walaupun ianya atas alasan Restoran 24 jam. > > Restoran sebegini memberi ruang kepada umat Islam yang tidak berpuasa > membeli makanan dengan lebih mudah dan bebas. Janganlah kita bersubahat > dengan memajukan lagi Restoran biadap sebegini. > > Memandangkan tiada undang-undang untuk para peniaga beroperasi di bulan > Ramadhan , umat Islam yang prihatin haruslah menggunakan kuasa pengguna > mereka untuk memBoikot Restoran Islam yang beroperasi di siang hari pada > bulan Ramadhan. > > Boikot ini haruslah diteruskan selepas bulan Ramadhan dan sepanjang tahun > agar peniaga yang memikirkan untung dunia semata-mata ini hormat pada umat > Islam dan bulan Ramadhan. > > Kalau Restoran Islam ini tidak hormat bulan Ramadhan , adakah kita yakin > dengan tahap keHALALan makanan yang disajikan ? > > Oleh itu marilah kita sokong Restoran Islam yang menghormati bulan Ramadhan > , yang beroperasi sebelum waktu berbuka puasa hingga waktu sahur. > > Disarankan juga kepada para blogger Islam yang prihatin agar menyiarkan > mana-mana Restoran Islam yang kurang ajar di tempat mereka dan mana Restoran > Islam yang harus disokong di seluruh Malaysia , bukan sahaja di Senawang. > > Pautan berikut ialah gambar-gambar yang diambil pada sekitar jam 8 pagi > Khamis 27 Ogos 2009 Restoran Islam yang beroperasi dan yang tidak beroperasi > pada siang hari > http://waghih.blogspot.com/2009/08/restoran-islam-kurang-ajar-di-senawang.html > > > -- Rozaimy Baharuddin http://www.komputer.com.my
