Dipetik daripada www.afyan.com

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsi bersama para pembaca . Sesuai
untuk sesiapa yang ingin menceburi bidang bisnes bazar Ramadhan, juga kepada
para pengunjung-pengunjung bazar.

   1. Hari pertama bazar Ramadhan, selalunya ia penuh sesak. Para peniaga
   selalunya akan untung besar pada hari pertama dan jualan mereka habis licin.
   2. Jadi, jika pertama kali berniaga di bazar Ramadhan, jangan menggunakan
   indikasi jualan hari pertama sebagai petunjuk hari-hari seterusnya.
   Seeloknya, kurangkan jumlah jualan pada hari-hari seterusnya.
   3. Berhati-hati jika hari hujan. Selalunya barang jualan tidak habis
   dijual, kerana pengunjung tidak ramai dan orang kebanyakannya malas untuk
   keluar rumah. Jadi para peniaga akan ”menyimpan” untuk dijual keesokan
   harinya.
   4. Jadi, jika semalam hujan, para pengunjung bazar perlu berhati-hati
   membeli makanan agar tidak terbeli makanan semalam yang ”dikitar semula”.
   5. Sesekali datanglah bazar Ramadhan pada waktu-waktu hampir berbuka
   untuk melihat mana-mana peniaga yang tidak habis barang jualan mereka.
   Selalunya (tidak semua), mereka akan membuat kitaran semula kepada
   barang-barang jualan mereka. Namun ramai juga peniaga yang bersifat jujur
   tidak melakukannya.
   6. Pada bulan Ramadhan, antara makanan yang paling digemari adalah
   martabak. Bahan utama membuat martabak adalah telur. Jadi pilihlah martabak
   yang dimasak dengan menggunakan telur yang sudah dibasuh.
   7. Cara untuk memilih martabak yang sudah dibasuh ataupun tidak adalah
   dengan cara melihat bagaimana telur-telur tersebut diletak. Jika ia masih
   diletak di dalam bekas telur, selalunya ia masih belum dibasuh. Jika ia
   sudah dipindahkan ke dalam bekas lain, selalunya ia sudah dibasuh.

   <http://afyan.com/ver1/wp-content/uploads/2009/08/murtabak.jpg>

   *Gambar hiasan*
   8. Tip di atas juga sesuai untuk makanan-makanan yang menggunakan telur
   sebagai bahan, namun agar sukar sekiranya makanan tersebut telah siap
   dimasak.
   9. Lihat gambar-gambar di bawah untuk membezakan telur yang masih berada
   di dalam bekasnya dengan yang sudah dipindahkan ke dalam bekas lain;

   <http://afyan.com/ver1/wp-content/uploads/2009/08/telur5.jpg>

   *Telur masih berada di dalam bekas asalnya.*

   *
   *

   <http://afyan.com/ver1/wp-content/uploads/2009/08/telur4.jpg>

   *Telur yang sudah dipindahkan ke dalam bekas lain*

   <http://afyan.com/ver1/wp-content/uploads/2009/08/telur3.jpg>

   *Telur ini juga sudah dipindahkan*

   <http://afyan.com/ver1/wp-content/uploads/2009/08/telur.jpg>

   *Yang ni siap ada sign-board lagi! “TELOR INI TELAH DIBASUH”*
   10. Minuman yang popular di bulan puasa juga adalah air soya. Kualiti air
   soya dibezakan dengan kepekatannya. Seeloknya belilah air soya yang masih
   panas berbanding dengan yang telah dicampur air batu, kerana ia lebih segar
   dan pekat. Jika hendakkan yang sejuk, tambah sahaja dengan air batu.
   11. Jika kita membeli pada waktu hampir-hampir dengan waktu berbuka,
   selalunya peniaga akan memberikan lebih daripada yang dibeli. Ia bagi
   menghabiskan stok-stok makanan yang telah dimasak tetapi tidak terjual.
   Jadi, sesekali, datanglah pada waktu tersebut. Untung-untung, dapat simpan
   untuk sahur keesokan harinya. [image: :)]
   12. Antara persediaan pada hari raya adalah kuah raya. Jangan membeli
   kuih raya pada minggu-minggu awal bulan Ramadhan. Sebaliknya tunggu selepas
   masuk minggu-minggu terakhir kerana pada waktu ini harga kuih raya akan
   jatuh secara beransur-ansur.
   13. Harga kuih raya akan jatuh pada lebih-lebih lagi pada hari-hari
   terakhir  bulan puasa. Kenapa? Kerana tiada siapa yang akan membeli kuih
   raya selepas masuk bulan Syawal! Jadi, semua stok perlu dihabiskan segera.

Artikel penuh boleh dibaca di www.afyan.com


-- 
Ikhlas dari Afyan :)
Phone: 013-353 4967
Blog: http://www.afyan.com

Kirim email ke