Assalamualaikum,

Tambah sikit lagi.  Sebelum beli tengok dulu kat belakang meja tu.  Tengok 
penjualnya, kumisnya terbela atau tidak, kukunya kotor ker tidak, van atau 
kereta nya serabut serabai atau tidak.  Anda tidak dapat melihat bagaimana 
dia sediakan makanan di rumahnya.  Kenderaannya adalah gambaran jelas 
tentang sikapnya terhadap kebersihan dan kesihatan anda. Anda orang 
tergamak beli air tebu yang kotor bolor .....basuh tangan kedalam air 
untuk basuh tebu, itu pun dalam baldi jer ...bukan air mutlak pun 
uwekkkkkkkk!!!!!!!

Best Regards,

SALIM 



afyan afyan 
Sent by: [email protected]
04-09-09 06:35 AM
Please respond to
[email protected]


To
Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] 13 Tip di Bazar Ramadhan






 



Dipetik daripada www.afyan.com
Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsi bersama para pembaca . Sesuai 
untuk sesiapa yang ingin menceburi bidang bisnes bazar Ramadhan, juga 
kepada para pengunjung-pengunjung bazar.
1.      Hari pertama bazar Ramadhan, selalunya ia penuh sesak. Para 
peniaga selalunya akan untung besar pada hari pertama dan jualan mereka 
habis licin.
2.      Jadi, jika pertama kali berniaga di bazar Ramadhan, jangan 
menggunakan indikasi jualan hari pertama sebagai petunjuk hari-hari 
seterusnya. Seeloknya, kurangkan jumlah jualan pada hari-hari seterusnya.
3.      Berhati-hati jika hari hujan. Selalunya barang jualan tidak habis 
dijual, kerana pengunjung tidak ramai dan orang kebanyakannya malas untuk 
keluar rumah. Jadi para peniaga akan ”menyimpan” untuk dijual keesokan 
harinya.
4.      Jadi, jika semalam hujan, para pengunjung bazar perlu berhati-hati 
membeli makanan agar tidak terbeli makanan semalam yang ”dikitar semula”.
5.      Sesekali datanglah bazar Ramadhan pada waktu-waktu hampir berbuka 
untuk melihat mana-mana peniaga yang tidak habis barang jualan mereka. 
Selalunya (tidak semua), mereka akan membuat kitaran semula kepada 
barang-barang jualan mereka. Namun ramai juga peniaga yang bersifat jujur 
tidak melakukannya.
6.      Pada bulan Ramadhan, antara makanan yang paling digemari adalah 
martabak. Bahan utama membuat martabak adalah telur. Jadi pilihlah 
martabak yang dimasak dengan menggunakan telur yang sudah dibasuh.
7.      Cara untuk memilih martabak yang sudah dibasuh ataupun tidak 
adalah dengan cara melihat bagaimana telur-telur tersebut diletak. Jika ia 
masih diletak di dalam bekas telur, selalunya ia masih belum dibasuh. Jika 
ia sudah dipindahkan ke dalam bekas lain, selalunya ia sudah dibasuh.

Gambar hiasan
8.      Tip di atas juga sesuai untuk makanan-makanan yang menggunakan 
telur sebagai bahan, namun agar sukar sekiranya makanan tersebut telah 
siap dimasak.
9.      Lihat gambar-gambar di bawah untuk membezakan telur yang masih 
berada di dalam bekasnya dengan yang sudah dipindahkan ke dalam bekas 
lain;

Telur masih berada di dalam bekas asalnya.


Telur yang sudah dipindahkan ke dalam bekas lain

Telur ini juga sudah dipindahkan

Yang ni siap ada sign-board lagi! “TELOR INI TELAH DIBASUH”
10.     Minuman yang popular di bulan puasa juga adalah air soya. Kualiti 
air soya dibezakan dengan kepekatannya. Seeloknya belilah air soya yang 
masih panas berbanding dengan yang telah dicampur air batu, kerana ia 
lebih segar dan pekat. Jika hendakkan yang sejuk, tambah sahaja dengan air 
batu.
11.     Jika kita membeli pada waktu hampir-hampir dengan waktu berbuka, 
selalunya peniaga akan memberikan lebih daripada yang dibeli. Ia bagi 
menghabiskan stok-stok makanan yang telah dimasak tetapi tidak terjual. 
Jadi, sesekali, datanglah pada waktu tersebut. Untung-untung, dapat simpan 
untuk sahur keesokan harinya. 
12.     Antara persediaan pada hari raya adalah kuah raya. Jangan membeli 
kuih raya pada minggu-minggu awal bulan Ramadhan. Sebaliknya tunggu 
selepas masuk minggu-minggu terakhir kerana pada waktu ini harga kuih raya 
akan jatuh secara beransur-ansur.
13.     Harga kuih raya akan jatuh pada lebih-lebih lagi pada hari-hari 
terakhir  bulan puasa. Kenapa? Kerana tiada siapa yang akan membeli kuih 
raya selepas masuk bulan Syawal! Jadi, semua stok perlu dihabiskan segera.
Artikel penuh boleh dibaca di www.afyan.com

-- 
Ikhlas dari Afyan :)
Phone: 013-353 4967
Blog: http://www.afyan.com


<<image/gif>>

Kirim email ke