Penduduk Uighur "Dilarang" Berpuasa
URUMQI: Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang didakwa mengeluarkan notis tidak
menggalakkan pekerja Uighur berpuasa di bulan Ramadan.
Langkah juga didakwa diambil pihak berkuasa di wilayah yang menempatkan
penduduk Islam etnik Uighur untuk memaksa mereka tidak mematuhi amalan agama
ketika Ramadan.
"Makanan tengah hari, teh dan kopi percuma yang disifatkan pihak berkuasa
sebagai 'sagu hati daripada kerajaan' atau elaun sara hidup ditawarkan dalam
jabatan dan syarikat tempatan.
"Bagaimanapun, ia sebenarnya satu usaha mengenal pasti siapa yang berpuasa,"
kata Dilxat Raxit, jurucakap Kongres Dunia Uighur kepada The Epoch Times.
Dilxat berkata, pekerja Parti Komunis Uighur di seluruh Xinjiang dipaksa
menandatangani surat aku janji tidak berpuasa atau melaksanakan aktiviti agama
lain. Mereka juga mengenakan dasar itu di kawasan bertugas dan berhadapan
dengan hukuman.
Buat pertama kali, operasi berkenaan diperluas kepada ahli Parti Komunis
bersara. Pekerja sedia ada dikehendaki melawat mereka untuk menggalakkan mereka
tidak berpuasa. Pemilik restoran juga didakwa diarah membuka perniagaan ketika
Ramadan atau lesen perniagaan dibatalkan. - Agensi