Inilah ujian kepada orang Islam yang berimana. Kalau direnungkan kepada 
mula-mula zaman ajaran di Makkah, lebih terok ujian kepada orang Islam. Kita 
memang berdukacita kepada mereka kalau dilihat dari kaca mata Dunia. Namun 
kalau kita ingatkan balasan Akhirat, maka sudah tentu ganjarannya lebih besar 
dari nikmat kalaunkita orang Islam mengikut Kafir tersebut. Masa mula Islam 
dahulu, penganut Islam sangat cintakan Akhirat dari Dunia, maka mereka sedia 
menerima penyeksaan Kafir.

Amin.




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Friday, September 4, 2009 12:45:58 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Penduduk Muslim China Disukarkan Untuk 
Berpuasa

  
Penduduk Uighur "Dilarang" Berpuasa 

URUMQI: Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang didakwa mengeluarkan notis tidak 
menggalakkan pekerja Uighur berpuasa di bulan Ramadan. 

Langkah juga didakwa diambil pihak berkuasa di wilayah yang menempatkan 
penduduk Islam etnik Uighur untuk memaksa mereka tidak mematuhi amalan agama 
ketika Ramadan. 

"Makanan tengah hari, teh dan kopi percuma yang disifatkan pihak berkuasa 
sebagai 'sagu hati daripada kerajaan' atau elaun sara hidup ditawarkan dalam 
jabatan dan syarikat tempatan. 

"Bagaimanapun, ia sebenarnya satu usaha mengenal pasti siapa yang berpuasa," 
kata Dilxat Raxit, jurucakap Kongres Dunia Uighur kepada The Epoch Times. 

Dilxat berkata, pekerja Parti Komunis Uighur di seluruh Xinjiang dipaksa 
menandatangani surat aku janji tidak berpuasa atau melaksanakan aktiviti agama 
lain. Mereka juga mengenakan dasar itu di kawasan bertugas dan berhadapan 
dengan hukuman. 

Buat pertama kali, operasi berkenaan diperluas kepada ahli Parti Komunis 
bersara. Pekerja sedia ada dikehendaki melawat mereka untuk menggalakkan mereka 
tidak berpuasa. Pemilik restoran juga didakwa diarah membuka perniagaan ketika 
Ramadan atau lesen perniagaan dibatalkan. - Agensi 
 
  

   


      

Kirim email ke