Wahai orang yang beriman!, jika kamu bertakwa kepada allah, nescaya dia akan 
mengadakan bagi kamu pembezaan (antara yang benar dengan yang salah) dan 
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampuni (dosa-dosa) kamu.Allah 
(sememangnya) mempunyai limpah kurniaan yang besar".
 
 
Pengajaran dan kelebihan ramadhan semoga tidak lenyap dan tidak 
dilupakan.Kemeriahan untuk menyambut hariraya diharap tidak menenggelamkan 
kesan ibadat puasa,terawih,kiamullail,tadarus al-quran sepanjang 
ramadhan.Sepatutnya umat islam tidak terlalu pantas dan terlalu mudah cair 
dengan keseronokkan menyambut hari lebaran!, yang paling penting,umat islam 
diperintah dalam apa pun keadaan supaya menyempurnakan ibadat puasanya dengan 
sebaik-baik ibadat hingga keakhir ramadhan.
 
Apabila allah s.w.t memerintahkan umat islam supaya membesarkan allah, bukan 
bermakna hariraya itu lebih utama sehingga solat terawih dimasjid dan surau 
ditinggalkan .Maka tinggallah imam,bilal dan sebilangan kecil makmum yang masih 
setia.Semarak ramadhan bertukar dengan program menyambut hari 
lebaran.Seolah-olah ia lebih penting dari membesarkan allah,sedangkan allah 
berfirman:
 
"Dan juga supaya kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan ramadhan) serta kamu 
membesarkan allah kerana mendapat petunjuknya".
(Al-baqarah ayat 185)
 
 
Rasulullah telah pun mengajar umatnya bagaimana cara menyemarakkan akhir 
ramadhan.Baginda berikhtikaf dimasjid tidak meninggalkan tempat 
ikhtikafnya,kecuali kerana menunaikan qada' hajat.
 
Saidatina aisyah r.a meriwayatkan:
Sesungguhnya rasulullah s.a.w adalah berihtikaf pada sepuluh akhir ramadhan 
hingga baginda wafat,kemudian selepas itu isteri-isteri baginda juga 
berikhtikaf.
 
Rasulullah s.a.w berikhtikaf sepuluh akhir ramadhan dengan berwirid,berzikir 
,membaca al-quran,beristighfar dan mendirikan solat-solat sunat.Rukuk san sujud 
bermunajat memuji allah, sebagai seorang hamba yang terlalu hampir dengan allah 
lebih hampir daripada urat warik.Sama seperti uzlat baginda diga hira'.Firman 
allah s.w.t:
 
"(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati allah semasa mereka berdiri,duduk 
dan semasa mereka berbaribg mengiring dan mereka pula memikirkan tentang 
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "wahai tuhan kami!, tidaklah engkau 
menjadikan kesemua ini dengan sia-sia.Maha suci engkau,maka peliharalah kami 
daripada azab neraka".
Hadirin jumaat yang dirahmati allah,
 
Persiapan amalan mentap umat islam sepanjang ramadhan,merupakan masdrasah 
paling berkesan dalam membina rohani dan jasmani,mampu bersabar dengan segala 
kekurangan,kesusahan,kesakitan dan kesempitan hidup.Sabda rasulullah s.a.w:
 
"Sesiapa berpuasa ramadhan dengan sepenuh iman dan kesungguhan,maka 
sesungguhnya diampunkan dosanya yang telah lalu".
Ramadhan berjaya mendidik umat islam yang berpuasa menjadi umat yang kuat, 
berani dan berwawasan.Perang Badar Kubra adalah berlaku tahun kedua hijrah pada 
10 ramadhan.Sekali pun tentera kafir lengkap dengan peralatan perang.Namun 
dengan pertolongan allah mereka bergerak bersama rasulullah kelembah 
badar,mereka berkehmah,berjaga malam,menyerahkan diri kepada allah. Ketika 
rasulullah memntau persiapan mereka, bukan pedang yang mereka asah, jauh sekali 
untuk tidur mengumpul kekuatan tenaga, tetapi dengan khusyuk mereka bertawajuh 
dan bermunajat memantapkan roh, bertahajudmemperkuatkan tekad, berjihad untuk 
menggempur musuh sebelum subuh.Akhirnya mereka diberikan kemenangan oleh allah 
s.w.t.Begitulah nilai tahajud dan munajat ramadhan yang diberikan pertolongan 
allah.
 
Firman allah s.w.t:
"Berapa banyak (yang telah terjadi) golongan yang sedikit berjaya menewaskan 
golongan yang banyak dengan izin allah dan allah (sentiasa) bersama-sama orang 
yang sabar".
 
Tentera mesir yang tidak pernah menang menentang yahudi,apabila memilih bulan 
ramadhan untuk berperang,lalu membina displin tenteranya dibulan yang mulia 
ini,maka pada 6 oktober 1973 bersamaan 10 ramadhan 1393 hijrah tentera mesir 
berjaya menawan kubu faluja jauh keseberang terusan suiz yang dikuasai 
yahudi.Inilah nilai kekuatan yang berjaya dibina melalui tarbiah ramadhan.
 
Tarbiah ramadhan berjaya membentuk individu dengan nilai kekuatan 
iaman,ketakwaan dan keberanian.Sejarah telah membuktikan umat islam kuat 
dibulan ramadhan.Pembukaan kota mekah adalah berlaku pada 20 ramadhan tahun 8 
hijrah,kemenangan peperangan tabuk melawan rom timur (Bizantin) adalah berlaku 
pada bulan ramadhan tahun 9 hijrah.Kejayaan saidina ali bin abi talib yang 
diutus ke yaman hanya dalam sehari menyaksikan kesemua kabilah hamdan masuk 
islam adalah berlaku pada ramadhan 10 hijrah.Tariq bin Ziad berjaya mengalahkan 
Roderick dan menakluk cardova dan granada berlaku pada ramadhan 92 
hijrah.Solehuddin al-ayubi berjaya mengalahkan tentera salib dan membebaskan 
baitul makdis juga pada bulan ramadhan 548 hijrah,semua kejayaan tersebut 
berlaku pada bulan ramadhan, disaat umat islam lapar dan dahaga berpuasa.
 
Dengan berpuasa disiang hari,bertarawih dan bertahajud pada malamnya,umat islam 
mampu memikul tanggungjawab yang diperintahkan oleh allah dengan mengambil 
al-quran sebagai petunjuk hidupnya.Al-quran dihayati,diamal dan dibuktikan 
dalam sistem kehidupan berkeluarga,berurus niaga,bermasyarakat dan 
bernegara.Dengan pelaksanaan tersebut,umat islam pasti dilihat berbeza keadaan 
hidupnya dengan umat yang mundur.Bahkan dapat membezakan ketentuan hidup 
selepas matinya antara dosa dan pahala,mampu membezakan pilihan hidup 
akhiratnya samada mahu kesyurga atau keneraka.Itulah nilai kehidupan yang 
praktis.
Hadirin sidang jumaat yang dirahmati allah,
 
Kerana itu wajarlah ganjaran seribu bulan dimalam al-qadar itu,diberikan kepada 
sesiapa yang sabar melalui tarbiah sepanjang ramadhan.Nilai yang besar kepada 
hambanya yang akur menerima al-quran sebagai panduan,diamal dalam penghayatan 
dan dibuktikan pilihan yang tepat dan benar.Perbezaan yang tinggi nilainya 
untuk hidup didunia mahu pun untuk akhiratnya.
 
Firman allah dalam surah al-qadar ayat 1-3:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-quran) ini pada malam al-qadar,dan 
apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-qadar itu?.Malam 
al-qadar itu lebih baik daripada seribu bulan".
 
Hari ini perhimpunan jumaat yang terakhir ramadhan,ada tiga nilai pengajaran 
yang sangat penting untuk diambil perhatian::
 
Pertama - Nilai ibadat yang besar pahalanya,dikurniakan allah pada amalan 
puasa,terawih,tadarus al-quran,tahajud,sedekah dan bertawajjuh terutama dimalam 
al-qadar dengan ganjaran yang lebih baik dari seribu bulan.
 
Kedua- Nilai pengajaran perang badar kabri, bukan sahaja sibuk dengan 
pelaksanaan hukum-hukum allah yang baru berusia setahun,bukan sahaja baru 
pindah berhijrah kemadinah,tempat yang belum pasti kekuatan,sokongan dan 
kepercayaan.Bukan sahaja terpaksa berperang mempertahankan negara yang baru 
ditubuhkan dengan kelengkapan yang serba kurang,sehingga ketika rasulullah 
menyelinap masuk khemah tenteranya dengan penuh syahdu,rasulullah mengadu 
kepada allah:
 
"Ya- allah!, kalau sekiranya pasukan ini sampai hari ini, maka tidak akan ada 
lagi orang yang menyembah engkau dibumi ini, ya-allah !, tunaikanlah janjimu 
yang engkau berikan kepadaku, ya-allah!, berilah pertolonganmu ya-allah!".
Betapa tinggi nilai harga munajat rasulullah s.a.w itu kepada kita hari ini, 
kepada umat islam seluruhnya.Tanpa perkenan allah keatas munajat baginda,kita 
tidak akan pernah melihat sebuah negara dan pemerintahan islam didunia 
islam.Tanpa perkenan allah keatas munajat baginda itu, tidak adalah manusia 
yang menyembah allah seperti sekarang ini.Begitulah tingginya nilai usaha 
munajat rasulullah s.a.w ketika itu.
 
Ketiga - Nilai yang paling berharga,lebih dari malam al-qadar,lebih dari 
pengajaran badar.Iaitu nilai al-quran yang allah turunkan.Yang turunnya dipilih 
allah pada bulan ramadhan.Bulan dimana hati umat islam telah di tarbiyah supaya 
lembut dan akur menerimanya.Apa ertinya umat islam dapat al-qadar sekiranya 
al-quran ditinggalkan dalam kehidupan berjamaah,berkeluarga dan 
bermasyarakat.Apa untungnya umat islam maju,berjaya membangun 
ekonomi,pendidikan dan pemerintahan,sekiranya al-quran tidak dijadikan sebagai 
petunjuk dan panduan,yang dibuktikan dalam penghayatan dan amalan sebagai 
perbezaan yang dapat dilihat secara praktis untuk dipilih,samada umat islam 
mahu hidup dalam hak atau bathil,benar atau sesat,mahu hidup dalam syurga atau 
neraka.
 
"Wahai orang yang beriman!, jika kamu bertakwa kepada allah, nescaya dia akan 
mengadakan bagi kamu pembeza (antara yang benar dengan yang salah) dan 
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampuni (dosa-dosa) kamu, Allah 
(sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar".
 
Ya-allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang 
telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan usaha 
kearah memperkukuhkan negara  umat islam khususnya negeri selangor, sebagai 
negeri yang maju ,sejahtera dan berkebajikan.Justeru kami pohon kehadratmu 
ya-allah, tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan 
kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang 
bermanfaat,suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah 
generasi muda kami kejalan yang engkau redhai,lindungilah kami daripada ujianmu 
yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyakit 
,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan 
sentiasa bertambah makmur dan berkat.
 
 
regards
mazlina mohd nazir
http://pokoksena85.blogspot.com/


      

Kirim email ke