Rasanya elok tukar saja maskot Negeri Sembilan dari Rusa ke Gajah Putih.

Terlalu banyak projek Gajah Putih dan Perumahan Terbengkalai di Negeri Sembilan 
ni.

Baik dirobohkan saja semua Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan ni daripada 
jadi sarang nyamuk,  jenayah , dadah dan maksiat.

Kalau dibaik pulih projek macam ni bertambah gemuk Gajah Putih di N.Sembilan.

Antara sebahagian projek terbengkalai , terbiar atau kurang sambutan di Negeri 
Sembilan ialah :

1. Perumahan Terbengkalai di N.Sembilan http://terbengkalai.blogspot.com

2. Taman Ular Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2008/08/kerajaan-nsembilan-belanja-rm400000.html

3. Stadium Bowling terbiar di Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2009/01/stadium-bowling-negeri-sembilan.html

4. Projek Gerai di Taman Tuanku Jaafar , Seremban 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/05/projek-gerai-di-taman-tuanku-jaafar.html

5. Lapang Sasar Mantin , N.Sembilan
http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/2009/05/apa-dah-jadi-rm68-juta-lapang-sasar.html

6. Gerai-gerai terbiar seluruh N.Sembilan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0215&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

7. Dewan dan projek terbiar di Negeri Sembilan
http://kopilah.blogspot.com/2009/06/projek-terbiar.html

8. Bazaar MAINS Seremban
http://waghih.blogspot.com/2008/10/keluhan-peniaga-melayu-bandar-seremban.html

9. Perkampungan Budaya Seri Menanti
http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/02/apa-sudah-jadi.html

10. Dewan Orang Ramai Kg Pelangai
http://jemapohku.blogspot.com/2008/10/apa-dah-jadi.html

11. Jejantas pekan Kuala Pilah
http://kopilah.blogspot.com/2009/07/projek-gajah-putih.html

Dan terlalu banyak lagi. Akan didedahkan dari masa ke semasa.

***********************
Berita Harian 1 Sep 2009
R&R terbiar sarang maksiat
Hentian Rehat dan Rawat Jalan Tampin-Seremban siap 10 tahun masih kosong

TAMPIN: Projek ‘gajah putih' bukan saja membazirkan wang tetapi juga 
menyakitkan mata memandang dan merugikan semua pihak yang sepatutnya mendapat 
manfaat hasil daripada perbelanjaan jutaan dan ratusan ribu ringgit.

Daerah ini tidak sepi daripada isu sedemikian apabila Hentian Rehat dan Rawat 
(R&R) di Kilometer 2, Jalan Tampin-Seremban, di sini, tersergam kaku dan 
terbiar walaupun sudah lebih 10 tahun siap dibina.

Entah apa silapnya, R&R yang terletak di lokasi strategik di laluan antara 
Seremban dan Tampin yang mempunyai enam gerai itu tidak beroperasi walaupun 
dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tempat meletak kereta serta tandas, taman 
permainan kanak-kanak dan sebuah surau.

Difahamkan, puluhan peniaga silih berganti menyewa sejak lebih 10 tahun lalu 
bagi menjalankan perniagaan tetapi mereka hanya mampu bertahan tujuh bulan 
sebelum menutup premis mereka berikutan tiada pelanggan.

Ada sesetengah pihak mendakwa keadaan itu berlaku disebabkan kawasan bekas 
kilang batu milik Jabatan Kerja Raya (JKR) itu ‘keras’ disebabkan ia terletak 
di kaki bukit kawasan Hutan Simpan Tampin di selatan Banjaran Titiwangsa.

Tinjauan mendapati kawasan R&R itu terbiar dengan sampah-sarap bersepah di sana 
sini, manakala suis elektrik yang terletak di luar premis sudah ditanggalkan, 
kemungkinan dicuri.

Keadaan itu menjadi punca pihak yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan 
belia dan remaja menjadikan tempat itu sebagai 'port' untuk menjalankan 
kegiatan tidak bermoral seperti memadu kasih, ponteng dan melepak menghisap 
rokok.

Seorang kakitangan Majlis Daerah Tampin (MDT) yang enggan dinamakan berkata, 
dia pernah terserempak dengan sepasang remaja yang sedang ghairah berasmara 
hingga cuba menanggalkan pakaian mereka.

"Bagaimanapun, hajat mereka itu terencat sebaik menyedari kehadiran saya 
sebelum mereka pantas melarikan diri," katanya.

Dakwaan kakitangan MDT itu ada kebenarannya kerana pada tahun lalu, polis 
pernah menahan seorang warga emas selepas menerima aduan daripada seorang 
pelajar Tingkatan Lima yang mendakwa dirogol oleh pemilik sebuah gerai R&R 
berkenaan.

Pada awal tahun ini, sepasang remaja yang sedang melakukan aksi terkutuk dalam 
sebuah tandas di lokasi berkenaan ditangkap oleh bapa saudaranya.

Yang Dipertua MDT, Datuk Mohd Yusof Yunus, berkata pihaknya menyedari mengenai 
masalah kawasan R&R yang terbiar itu dan sudah mengambil keputusan untuk 
membaik pulihnya secepat mungkin.

"Malah, kita sudah menerima empat permohonan daripada orang ramai untuk menyewa 
gerai di kawasan R&R berkenaan untuk menjalankan perniagaan dengan seorang 
daripada mereka, akan mula operasi awal Oktober ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mencari jalan, termasuk menjalankan pelbagai 
acara dan program untuk menarik lebih ramai pengunjung singgah di R&R itu 
supaya ia terus beroperasi dan tidak terbiar menjadi 'gajah putih'.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20090901092128/Article/index_html





Kirim email ke