Patutlah banyak masjid di N.Sembilan ini mati, tiada jemaah, tiada majlis ilmu. 
Masjid-masjid lama pula terbiar hampir rebah ke bumi.

Sebabnya ? Sibuk nak buat koperasi di masjid-masjid di N.Sembilan, sibuk nak 
berniaga di masjid.

Solat jemaah tak penting agaknya di masjid. Sebab tu AJK masjid tak perlu 
mereka yang solat di masjid. Yang penting AJK masjid yang pandai buat duit 
agaknya.

Agaknya MARA, FAMA, Pertubuhan Peladang dan lain-lain agensi tak pandai lagi 
nak tolong bumiputera. MAINS Holding bawah pimpinan Mad Hassan lagi pandai buat 
duit agaknya. Macam Syarikat Air Negeri Sembilan, SAINS. Naikkan kadar caj 
minima dari RM 5 ke RM 10, buat bacaan meter setiap dua bulan, bukan sebulan 
sekali. Bijak, bijak.

**************************
MHSB jadi pemborong barangan 

Utusan Malaysia SEREMBAN 31 Ogos 2009 - Anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri 
Sembilan (MAINS) iaitu MAINS Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) bakal berfungsi selaku 
pemborong barangan keperluan harian untuk dibekal kepada kedai koperasi masjid 
di negeri ini tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada masa ini, syarikat 
tersebut telah memperoleh lesen pemborong barangan keperluan harian tidak 
termasuk beras.

Katanya, MHSB juga sedang memohon lesen pemborong beras daripada Padiberas 
Nasional Berhad (Bernas).

''Selaku pemborong, MHSB boleh membeli barangan keperluan harian pada harga 
diskaun seterusnya menjual semula pada harga berpatutan kepada kedai-kedai 
koperasi masjid," katanya.

Mohamad menambah, MHSB juga akan memberi pelbagai insentif yang sesuai bagi 
membantu perkembangan kedai koperasi masjid.

''Antara insentif yang dipertimbangkan termasuk skim pembayaran fleksibel serta 
tempoh bayaran balik selama tiga bulan.

''Secara tidak langsung, kesemua insentif tersebut membolehkan kedai koperasi 
masjid menjual semula barangan keperluan harian kepada umat Islam pada harga 
berpatutan," jelas beliau.

Sehubungan itu, katanya lagi, kesemua masjid di negeri ini terutamanya di 
kawasan kepadatan umat Islam yang tinggi digalakkan menubuhkan kedai koperasi 
secepat mungkin.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
 



      

Kirim email ke