Bila sampai pilihanraya , undi pos banyak memberi kelebihan kepada BN. Dan undi 
pos ini adalah majoritinya anggota tentera. Tetapi banyak cerita sebenar 
keberanian anggota tentera kita sering dilupakan.

Tiada banyak filem kisah perjuangan anggota tentera. Yang ada filem Gerak Khas 
dan Roda-Roda Kuala Lumpur.

Sedangkan Askar Malaysia telah menyelamatkan lebih 200 askar Amerika Syarikat 
dalam pertempuran di Somalia pada tahun 1993 menggunakan kenderaan perisai 
Condor yang kekurangan dari segi persenjataan dan kekebalan.

Amerika tidak mengiktiraf langsung keberanian askar Malaysia dalam filem “Black 
Hawk Down” , kerajaan Malaysia pun tidak ada keluar filem, drama, komik, 
majalah mengenai Pertempuran di Mogadishu untuk tatapan anak bangsa.

Ada pejuang bangsa Melayu memprotes di Hollywood atau kedutaan Amerika Syarikat 
pembohongan filem “Black Hawk Down” yang melibatkan 19 Rejimen Askar Melayu 
Diraja ?

Kepada askar-askar di Bagan Pinang, nilailah sendiri penghargaan yang diberikan.

Kini askar Malaysia masih menggunakan kereta perisai Condor yang terlalu uzur , 
tua yang membahayakan anggota tentera dan orang awam.

Sila baca pautan berikut untuk mengikuti kisah sebenar Battle of Mogadishu
http://ikhwanfikri.blogspot.com/2009/03/kisah-sebenar-black-hawk-down.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1003&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

GEMPUR !
WIRA !

Kepada petugas Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang contohi 
semangat anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja yang melakukan sesuatu yang 
difikirkan mustahil dalam Battle of Mogadishu. Askar Pakistan dengan kereta 
kebal berundur. Askar Amerika pun tidak dapat menyelamatkan tentera mereka 
sendiri. Askar Malaysia yang kurang dalam serba serbi diberi kejayaan dengan 
izin Allah.

Selamat Mengundi dari http://pasns.blogspot.com






Kirim email ke