Hukuman sebat, apa agenda SIS? - Teras 
Harakahdaily 
Sun | Sep 20, 09 |  5:12:01 am MYT

  
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Tindakan Sisters in Islam (SIS)
menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan
dan menangguhkan pelaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas
Kartika Sari Dewi dianggap sebagai satu agenda untuk menyekat sebarang
hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini. 


Iklan   
 
   
    
Menurut Presiden Teras,Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan SIS adalah bersifat anti 
hukum syariah dan wajar dibantah dengan keras. 


"Teras membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum
syariah. Pelaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas
termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan. 


"Oleh kerana itu tidak ada hak untuk SIS cuba menyekat
pelaksanaannya hanya kerana ia dikatakan sedang didebatkan di peringkat
masyarakat terbuka dalam negara dan luar negara,"jelasnya dalam satu
kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. 


Tambahnya, Teras mempersoalkan atas hak apa SIS beria-ia mahu menyekat 
pelaksanaan hukuman syariah di negara ini. 


Dakwa Azmi,pemikiran Barat yang berlandaskan faham liberal dan
melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal
negara dan undang-undang menjadi latar belakang fikiran SIS. 


"Oleh itu tindakan pihak SIS untuk mengheret perdebatan kes
Kartika kepada Mahkamah Tinggi Syariah hanya bertujuan untuk
mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah. 
"Teras dengan ini mengesa supaya pihak kerajaan tindak tunduk
kepada tekanan mana-mana pihak. Undang-undang yang jelas diluluskan
melalui perundangan negeri hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang
kekhuatiran. 


"Walaupun enakmen jenayah syariah di peringkat negeri yang ada
kini tidak seluruhnya menepati kehendak syariat Islam yang sebenar ,
namun bidangkuasa dan wibawa Jabatan Agama Islam dan mahkamah Syariah
hendaklahlah dipertahankan,"tegasnya. - mks._  

Kirim email ke