Kisah ini diambil dari emel yang telah dihantar kepada kotak emel aku.
Kisahnya aku pernah dengar sebelum ini. Aku terpanggil untuk memasukkan
ke dalam laman ini agar ia menjadi renungan bersama.

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang
sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan
berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah
tu.

ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak
samak dosa?


LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak
boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah
pepatah "Pandai macam LEMBU"


Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan
bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan
mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah
berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan
menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau
maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan
merupakan maksiat.

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang
berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)

"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi
solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"



--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 9/21/2009
03:56:00 PM

Kirim email ke