Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Salah Seorang di antara kami mempunyai anak. Beliau menamakannya dengan nama 
Muhammad. Orang ramai berkata kepadanya: Kami tidak akan membiarkanmu 
menamakannya dengan nama Rasulullah s.a.w. Lalu orang tersebut membawa anaknya 
yang diletakkan di atas belakang untuk menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sampai 
di hadapan Rasulullah s.a.w beliau berkata: Wahai Rasulullah! Anakku yang lahir 
ini, aku namakannya dengan nama Muhammad tetapi orang ramai berkata kepadaku: 
Kami tidak akan membiarkanmu menamakannya dengan nama Rasulullah. Lalu 
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu boleh menamakannya dengan namaku, tetapi jangan 
menggelarkannya seperti dengan gelaranku kerana akulah Qasim, aku mengasingkan 
di antara kamu.

(Riwayat Muslim)

Kirim email ke