Hadis Umar bin Al-Khattab r.a:
Sesungguhnya beliau membawa beberapa orang tawanan menemui Rasulullah s.a.w. 
Seorang wanita dari kalangan tawanan tersebut kelihatan mencari sesuatu. Sebaik 
sahaja dia menemui seorang bayi dari kalangan tawanan, dia mengambil bayi 
tersebut lalu didukung dan disusuinya.

Lantas Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami: Adakah pada pandangan kamu wanita 
ini sanggup membuang anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak. Demi Allah dia 
tidak sanggup membuangkannya. Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t amat 
kasihan belas terhadap hamba-Nya daripada kasih sayang perempuan ini terhadap 
anaknya.

(Riwayat Muslim)

Kirim email ke