Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: 
Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah 
dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu 
bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana 
melakukan dosa. 

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai 
Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, 
tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau 
menghukumnya kerana melakukan dosa. 

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai 
Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, 
tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau 
menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan 
ampunkan dosamu. 

Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku 
meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, 
Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

(Riwayat Muslim)

Kirim email ke