Salam,

Saya bukanlah orang yang benar-benar berpengalaman atau cerdik pandai seperti 
para sahabat r.a. Tetapi saya nak berkongsi pengalaman bagaimana menghadapi 
fitnah. Fitnah adalah suatu tuduhan palsu. Ianya tak benar. Kadang-kadang 
menyakitkan hati, kadang-kadang membangkitkan rasa marah membuak-buak, rasanya 
kalau jumpa sumber fitnah tu, nak aje kita luku kepala dia sampai lumat. Dan 
macam-macam reaksi orang terhadap fitnah sebab Allah SWT menganugerahkan kita 
suatu kurnia yang disebut gharizatul baqa' (survival instinct). Dengannya kita 
mempertahankan status diri, jika kita benar mengapa perlu dibiarkan kepalsuan, 
jika kita tinggi mengapa biar kita dijatuhkan, jika kita mulia mengapa biar 
kita dihina.. demikianlah peranan gharizatul baqa', suatu potensi hidup 
(thaqatul hayawiyah) yang Allah ta'ala anugerahkan kepada setiap manusia. 

Bila difikir-fikirkan, rupa-rupanya ada beberapa teknik menghadapi fitnah. 
Boleh jadi ia berkesan, boleh jadi ia menjadi semakin menyeksakan. Antaranya,

1. Masuk kandang bersalah (defensif); teknik ini sering kali digunakan oleh 
pihak yang suka memanjangkan kes. Misalnya dulu ketua turus angkatan tentera 
Thailand pernah menuduh Malaysia sebagai sarang pengganas, melatih mereka di 
gelanggang latihan di Kelantan (kalau tak silap). Ketika itu Najib memegang 
portfolio menteri pertahanan, dalam reaksinya kepada fitnah tersebut dia 
menjawab, "BUKTIKAN!" Hahaha.. dengan kenyataan tersebut secara tak langsung 
Malaysia masuk kandang bersalah dan minta dibicarakan. Dan dengan teknik ini, 
kadang-kadang yang tak bersalah boleh dijatuhi bersalah. Prosesnya semakin 
rumit dan rumit. Teknik ini popular dikalangan pemikir dangkal!

2. Serang balas; teknik ini agak aggresif. Pihak yang difitnah benar-benar tak 
redha dan mengambil pendirian untuk tidak berdiam diri. Teknik serangan boleh 
jadi termasuk teknik defensif (seperti diatas) atau teknik offensif. Boleh pula 
offensif berlaku dalam dua keadaan; serangan fizikal seperti ambil kayu ketuk 
kepala tukang fitnah dan seumpamanya atau serangan secara psikologi seperti 
mengeluarkan kenyataan berbentuk offensif. Ada satu kisah dahulu dimana 
Rasulullah SAW dituduh sebagai penulis ayat-ayat suci Al-Quran yang dibantu 
oleh seorang nasrani bernama Jabr. Kemudian turun ayat untuk menyerang tuduhan 
tersebut,

"(Dan) sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: Bahawasanya Al-Quran itu 
diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang 
mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami 
(non-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang jelas [TMQ An-Nahl 
(16):103]

Nyata fitnah itu disanggah sepenuhnya, dan Muhammad SAW berjaya. Namun terdapat 
juga teknik menyerang fitnah dengan menggunakan fitnah juga. Teknik ini sangat 
terlarang dalam Islam. Teknik ini banyak sekali digunapakai oleh politikus 
sekarang. Maklumlah, nak menang. Apa saja boleh, asal menang. Kekadang sedih 
betul kita lihat situasi kotor dan hina yang berlaku dikalangan kaum muslimin. 
Fitnah berhambur kesana kemari tanpa ada keinsafan diri. Yang penting matlamat 
diri, bukan tujuan hidup dijadikan oleh Yang Maha Esa.

3. Buat 'derk' je (buat dono); teknik ini agak susah untuk diapply, hanya orang 
yang hatinya keras macam batu saje yang berjaya gunakannya. Lagipun boleh jadi 
ia tidak syarie sekiranya fitnah berlaku diantara kaum muslimin. Jika 
orang-orang kafir yang mencetuskan fitnah terhadap Islam dan kaum muslimin, 
maka teknik ini boleh digunakan sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan 
sepertimana keadaan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. dizaman awal dakwah 
(di Mekkah). Namun sekiranya telah ada kekuatan (tentera) seperti era 
kebangkitan Khilafah pasca hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, maka wajar 
orang-orang kafir diperangi sehingga tidak wujud fitnah terhadap Islam. 
Manakala jika ia melibatkan fitnah antara kaum muslimin, maka perlu ada pihak 
yang membetulkan keadaan sehingga fitnah itu padam. Ini adalah sebab kaum 
muslimin saling memuhasabah sesama sendiri dalam konteks amar maaruf, nahiy 
mungkar dan sikap saling berkasih sayang. Kita diharamkan menanam sikap
 assobiyyah dalam diri kita;

"Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah yang dikatakan assobiyyah? Jawabnya, 
bahawa engkau menolong kaummu dalam kezaliman" [HR Abu Daud dari Watsilah bin 
Asqa]

Maksudnya, kalau kita nampak saudara (seIslam) kita buat salah (zalim) maka 
wajib kita hentikannya. Kalau buat dono, nanti terkena dosa bersyubahat, 
na'uzubillahi min zaalik.

Kesimpulannya, seperti awal email ini, saya katakan mungkin ada beberapa teknik 
lain yang tak dapat saya jangkau. Namun bagi saya, saya lebih menggemari teknik 
kedua, offensif secara ilmiah. Saya tak menggemari teknik defensif atau ultra 
defensif. Bagi saya, saya bukan pengutip sampah (recycler) tetapi saya suka 
membanteras orang yang buat kotor dengan sampah. Bagaimana dengan anda?

 Layari
http://www.mykhilafah.com


      

Kirim email ke