aku suka cara 1)
sapa yg fitnah kena buktikan.
hasilnya sampai la ni terus senyap kes Malaysia latih penganas.
itu le teknik yg terbaik bagi aku.

kalau bini aku kena fitnah, dia jumpa org yg ada dlm cerita fitnah tu,
just to confirm betul ke?
lepas tu sure org tu akan jumpa tukang bawa cerita tu. settle masalah.

kalau aku guna fitnah, aku cakap ALHAMDULILLAH...
best oooo kena FITNAH, dpt pahala maaa....
aku selalu kata kat diri aku dan isteri.
"nabi muhammad sebaik-baik manusia pun kena fitnah,
so sesekali kena fitnah tu normal le, tak mati atau menjejaskan apa-apa pun"

imej tercemar? lantak le, yg penting Allah tahu hal sebenar.

kalau tak tahan juga, baca yasin niat Allah balas balasan setimpal
kepada tukang fitnah. Yakin, Allah akan mengabulkan doa org yg teranaya

2009/10/20 <>

>
>
> Salam,
>
> Saya bukanlah orang yang benar-benar berpengalaman atau cerdik pandai
> seperti para sahabat r.a. Tetapi saya nak berkongsi pengalaman bagaimana
> menghadapi fitnah. Fitnah adalah suatu tuduhan palsu. Ianya tak benar.
> Kadang-kadang menyakitkan hati, kadang-kadang membangkitkan rasa marah
> membuak-buak, rasanya kalau jumpa sumber fitnah tu, nak aje kita luku kepala
> dia sampai lumat. Dan macam-macam reaksi orang terhadap fitnah sebab Allah
> SWT menganugerahkan kita suatu kurnia yang disebut gharizatul baqa'
> (survival instinct). Dengannya kita mempertahankan status diri, jika kita
> benar mengapa perlu dibiarkan kepalsuan, jika kita tinggi mengapa biar kita
> dijatuhkan, jika kita mulia mengapa biar kita dihina.. demikianlah peranan
> gharizatul baqa', suatu potensi hidup (thaqatul hayawiyah) yang Allah ta'ala
> anugerahkan kepada setiap manusia.
>
> Bila difikir-fikirkan, rupa-rupanya ada beberapa teknik menghadapi fitnah.
> Boleh jadi ia berkesan, boleh jadi ia menjadi semakin menyeksakan.
> Antaranya,
>
> 1. Masuk kandang bersalah (defensif); teknik ini sering kali digunakan oleh
> pihak yang suka memanjangkan kes. Misalnya dulu ketua turus angkatan tentera
> Thailand pernah menuduh Malaysia sebagai sarang pengganas, melatih mereka di
> gelanggang latihan di Kelantan (kalau tak silap). Ketika itu Najib memegang
> portfolio menteri pertahanan, dalam reaksinya kepada fitnah tersebut dia
> menjawab, "BUKTIKAN!" Hahaha.. dengan kenyataan tersebut secara tak langsung
> Malaysia masuk kandang bersalah dan minta dibicarakan. Dan dengan teknik
> ini, kadang-kadang yang tak bersalah boleh dijatuhi bersalah. Prosesnya
> semakin rumit dan rumit. Teknik ini popular dikalangan pemikir dangkal!
>
> 2. Serang balas; teknik ini agak aggresif. Pihak yang difitnah benar-benar
> tak redha dan mengambil pendirian untuk tidak berdiam diri. Teknik serangan
> boleh jadi termasuk teknik defensif (seperti diatas) atau teknik offensif.
> Boleh pula offensif berlaku dalam dua keadaan; serangan fizikal seperti
> ambil kayu ketuk kepala tukang fitnah dan seumpamanya atau serangan secara
> psikologi seperti mengeluarkan kenyataan berbentuk offensif. Ada satu kisah
> dahulu dimana Rasulullah SAW dituduh sebagai penulis ayat-ayat suci Al-Quran
> yang dibantu oleh seorang nasrani bernama Jabr. Kemudian turun ayat untuk
> menyerang tuduhan tersebut,
>
> "(Dan) sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: Bahawasanya Al-Quran
> itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa
> orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya (adalah)
> bahasa 'ajami (non-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang
> jelas [TMQ An-Nahl (16):103]
>
> Nyata fitnah itu disanggah sepenuhnya, dan Muhammad SAW berjaya. Namun
> terdapat juga teknik menyerang fitnah dengan menggunakan fitnah juga. Teknik
> ini sangat terlarang dalam Islam. Teknik ini banyak sekali digunapakai oleh
> politikus sekarang. Maklumlah, nak menang. Apa saja boleh, asal menang.
> Kekadang sedih betul kita lihat situasi kotor dan hina yang berlaku
> dikalangan kaum muslimin. Fitnah berhambur kesana kemari tanpa ada keinsafan
> diri. Yang penting matlamat diri, bukan tujuan hidup dijadikan oleh Yang
> Maha Esa.
>
> 3. Buat 'derk' je (buat dono); teknik ini agak susah untuk diapply, hanya
> orang yang hatinya keras macam batu saje yang berjaya gunakannya. Lagipun
> boleh jadi ia tidak syarie sekiranya fitnah berlaku diantara kaum muslimin.
> Jika orang-orang kafir yang mencetuskan fitnah terhadap Islam dan kaum
> muslimin, maka teknik ini boleh digunakan sekiranya kita tidak mempunyai
> kekuatan sepertimana keadaan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. dizaman
> awal dakwah (di Mekkah). Namun sekiranya telah ada kekuatan (tentera)
> seperti era kebangkitan Khilafah pasca hijrah Rasulullah SAW ke Madinah,
> maka wajar orang-orang kafir diperangi sehingga tidak wujud fitnah terhadap
> Islam. Manakala jika ia melibatkan fitnah antara kaum muslimin, maka perlu
> ada pihak yang membetulkan keadaan sehingga fitnah itu padam. Ini adalah
> sebab kaum muslimin saling memuhasabah sesama sendiri dalam konteks amar
> maaruf, nahiy mungkar dan sikap saling berkasih sayang. Kita diharamkan
> menanam sikap
> assobiyyah dalam diri kita;
>
> "Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah yang dikatakan assobiyyah?
> Jawabnya, bahawa engkau menolong kaummu dalam kezaliman" [HR Abu Daud dari
> Watsilah bin Asqa]
>
> Maksudnya, kalau kita nampak saudara (seIslam) kita buat salah (zalim) maka
> wajib kita hentikannya. Kalau buat dono, nanti terkena dosa bersyubahat,
> na'uzubillahi min zaalik.
>
> Kesimpulannya, seperti awal email ini, saya katakan mungkin ada beberapa
> teknik lain yang tak dapat saya jangkau. Namun bagi saya, saya lebih
> menggemari teknik kedua, offensif secara ilmiah. Saya tak menggemari teknik
> defensif atau ultra defensif. Bagi saya, saya bukan pengutip sampah
> (recycler) tetapi saya suka membanteras orang yang buat kotor dengan sampah.
> Bagaimana dengan anda?
>
> Layari
> http://www.mykhilafah.com
>
>  
>



-- 
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer.com.my
OFFER buang saka RM130, jaminan 6 bulan

Kirim email ke