Apa sumbangan PAS untuk pembangunan di Negeri Sembilan ? Andaikata PAS bersama 
Pakatan Rakyat memboikot Pilihanraya Kecil Bagan Pinang baru-baru ini dan 
Barisan Nasional menang tanpa bertanding sudah pasti projek terbengkalai di 
bawah ini tidak akan diberi perhatian.

Terlalu banyak projek terbengkalai http://terbengkalai.blogspot.com  dan projek 
gajah putih http://gajahputihn9.blogspot.com di Negeri Sembilan ini. Ramai 
rakyat di Negeri Sembilan yang susah kerana projek rumah terbengkalai, rumah 
yang dah siap pula tiada penyewa, kosong, hendak dijual tiada nilai di pasaran.

Begitu juga dengan nasib kakitangan kerajaan negeri dan agensi dibawahnya. Guru 
KAFA di N.Sembilan hanya mendapat elaun RM 500 sebulan 
http://pasns.blogspot.com/2009/09/guru-kafa-negeri-sembilan-miskin-tegar.html

Juga nasib Peneroka Felda di N.Sembilan di 
http://amkns.blogspot.com/2009/10/peneroka-protes-dakwa-felda-tidak-tunai.html

PEMBANGKANG KUAT , NASIB RAKYAT AKAN TERBELA

*************************
Projek jalan Pasir Panjang terbengkalai siap 6 bulan
Berita Harian 19 Okt 09

TAMPIN: Kementerian Kerjaraya memberi jaminan projek menaik taraf jalan Pasir 
Panjang ke Linggi yang terbengkalai sejak 2005 hingga menjadi isu pembangkang 
ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru 
ini, akan disiapkan dalam tempoh enam bulan.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata kerja menaik taraf jalan 
membabitkan kos RM118 juta itu terbengkalai kerana masalah pengambilan tanah 
hingga menyebabkan kos pembinaannya meningkat.

"Bagaimanapun, masalah itu sudah selesai dan kerja terbengkalai itu sudah 
disambung semula. Saya juga sudah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau 
perkembangan projek itu dan mencari kaedah terbaik supaya kerja itu dapat 
dipercepatkan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tampin memberitahu demikian pada majlis Rumah 
Terbuka Aidilfitri Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Serba Guna Daerah Tampin, 
di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai projek menaik taraf jalan itu yang terbengkalai hingga 
menjadi rungutan orang ramai, malah menjadi ‘modal’ pembangkang ketika pilihan 
raya kecil DUN Bagan Pinang, dengan berjanji akan menyelesaikan masalah itu 
jika pengundi mengundi calon mereka.

Shaziman berkata, projek menaik taraf jalan itu membabitkan dua fasa iaitu dari 
Pasir Panjang ke Linggi sejauh 18 kilometer dan dari jalan Sua Betong ke 
Politeknik Port Dickson, sejauh lima kilometer.

"Kita terpaksa mereka bentuk dan membina jajaran baru di beberapa lokasi bagi 
mengelakkan kos projek itu meningkat, terutama dari Sua Betong ke Politeknik 
Port Dickson kerana banyak tanah yang terbabit adalah milik swasta," katanya.

Sementara itu, Shaziman berkata, semua jurutera daerah JKR sudah diarah 
memantau cerun berisiko tinggi di kawasan mereka lebih awal sebelum musim hujan 
bulan depan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20091019011226/Article/index_html




Kirim email ke