Assalamualaikum semua
�
Saya ada satu kemusykilan.
�
Sekiranya ada pasangan yang hendak berkahwin, namun ada permasalahan di pihak 
perempuan pasal Wali Nikah
�
1. Bapak sudah bertukar agama/ aqidah tetapi dalam IC masih beragama Islam. 
(Bapak kawan saya ni asal dulu memang kristian,�kemudian masuk islam 
dan�berkahwin secara islam. Lepas bercerai,�balik ke agama kristian tapi 
susah nak tukar status dalam IC. Namun dalam�aktiviti seharian, bapak kawan 
saya mengaku sudah tiada kepercayaan dengan agama Islam & di rumah juga dia 
menyimpan salib & sebagainya.
-Apakah beliau ini sah sebagai wali nikah? Saya tahu tidak sah,..tapi ada 
jawapan dr seseorang yg saya kira buat kawan saya pening kepala...' selagi kad 
pengenalan bapak Islam, maknanya dari segi pentadbiran agama, dia boleh jadi 
wali. sebab kalau kita minta dia mengucap,.dia boleh mengucap'...betul ke?
�
2.Apabila Bapak tidak sah menjadi wali nikah, kawan saya ni masih ada abang 
kandung. tapi masalahnya pulak, dia dpt tahu daripada salah seorang ibu sedara 
kemungkinan abang dia ni pulak anak lahir luar nikah. Apakah beliau ini sah 
sebagai wali nikah?
�
Harap ada rakan2 yang boleh membantu permasaalahan ini krn mereka sudah 
merancang untuk berkahwin, dan memerlukan pertolongan
�
terima kasih
�
Wassalam
�
Noor
�
�


�


�



      

Kirim email ke