*Jawapan Oleh Ustaz Insani,*
1- Wa`alaikumussalaam
Tak betul
Bila dah murtad tiada hak lagi untuk mewalikan nikah
Hak berpindah kepada wali yang berikutnya.
Jika diluar kawasan wali (lebih 2 marhalah) hak mewalikan berpindah
kepada wali hakim (dalam semua kes, bukan kes ini sahaja)
2- Islam tidak menjadikan andaian sebagai asas hukum
Islam mengambil kira apa yang zahir kecuali terbukti sebaliknya.
Untuk lebih mudah di cadangkan agar berkahwin diluar kawasan.
Wallauaklam.
2009/11/8 <>
>
>
> Assalamualaikum semua
>
> Saya ada satu kemusykilan.
>
> Sekiranya ada pasangan yang hendak berkahwin, namun ada permasalahan di
> pihak perempuan pasal Wali Nikah
>
> 1. Bapak sudah bertukar agama/ aqidah tetapi dalam IC masih beragama Islam.
> (Bapak kawan saya ni asal dulu memang kristian, kemudian masuk islam
> dan berkahwin secara islam. Lepas bercerai, balik ke agama kristian tapi
> susah nak tukar status dalam IC. Namun dalam aktiviti seharian, bapak kawan
> saya mengaku sudah tiada kepercayaan dengan agama Islam & di rumah juga dia
> menyimpan salib & sebagainya.
> -Apakah beliau ini sah sebagai wali nikah? Saya tahu tidak sah,..tapi ada
> jawapan dr seseorang yg saya kira buat kawan saya pening kepala...' selagi
> kad pengenalan bapak Islam, maknanya dari segi pentadbiran agama, dia boleh
> jadi wali. sebab kalau kita minta dia mengucap,.dia boleh mengucap'...betul
> ke?
>
> 2.Apabila Bapak tidak sah menjadi wali nikah, kawan saya ni masih ada abang
> kandung. tapi masalahnya pulak, dia dpt tahu daripada salah seorang ibu
> sedara *kemungkinan abang dia ni pulak anak lahir luar nikah. *Apakah
> beliau ini sah sebagai wali nikah?
>
> Harap ada rakan2 yang boleh membantu permasaalahan ini krn mereka sudah
> merancang untuk berkahwin, dan memerlukan pertolongan
>
> terima kasih
>
> Wassalam
>
> Noor
> **
> **
>
>
>
>
>
>
>