Kita mula dengan populasi pelajar yang menduduki SPM. memang sangat ramai, 
sampai puluhan jika tidak ratusan ribu setiap tahun. Apa nak buat dengan mereka 
selepas SPM.
Wujudkan banyak universiti supaya ada peluang belajar ke peringkat lebih 
tinggi. Yang menduduki SPM ada yang memang cemerlang, ada yang sederhana dan 
ada yang lemah (tercicir SPM pun ada).

Universiti yang diwujudkan pun nak hidup. Peluang perlu diberi kepada mereka 
juga, kecuali yang tidak menurut standard yang ditetapkan kerajaan. Justeru 
ramai pelajar yang diberi peluang memasuki uni. Yang cemerlang yang melalui 
Matrikulasi mereka kebanyakkannya berjaya. Yang tercicir ni kebanyakkannya 
ialah mereka yang cukup makan, tetapi diberi peluang memasuki universiti kerana 
tempat ada. Terpulang kepada mereka untuk meneruskan perjuangan mereka untuk 
terus maju. Apa yang diutarakan oleh kawan2 tu betul juga, seperti pengaruh 
persekitaran, pergaulan bebas tanpa pemantauan ibu bapa dll.

Kita juga perlu tahu bahawa keperluan diperingkat Uni tidak sama dengan SPM. 
Begitulah dengan SPM tidak sama dengan PMR.
Tahap sudah berbeza maka tahap keperluan dan standard itu tidak sama. cara 
belajar juga berubah. Dulu Cik Gu kini pensyarah. Yang lebih hendaklah datang 
dari pelajar sendiri. Siapa rajin belajar dan rajin mendekati pensyarah jika 
tak faham dia akan berjaya. Ada orang boleh belajar sendiri, ada orang perlukan 
kumpulan untuk diskusi dll. Ada tugasan (assignment) individu dan ada tugasan 
kumpulan. Pelajar perlu tahu dimana tahap dia berada dan berusaha memenuhi 
keperluan dan kesesuaian itu. Kena bijak belajar. Tunjukkan kepada pensyarah 
bahawa kita berminat untuk belajar, dia akan cuba tolong kita jika kita lemah.

Mungkin pelajar bakal memasuki uni perlu dibuat orientasi untuk menyediakan 
minda memasuki alam uni. Pelajar yang hendak ke seberang laut dibuat demikian. 
Pelajar perlu tahu, sedar dan sedia untuk berubah bila masuk uni. Bersedia 
menghadapi cabaran, halangan dan budaya dalam uni. Saya kira pada masa dulu 
kita ada minggu orientasi yang menyediakan pelajar. Mungkin tujuan orientasi 
tersebut telah disalaherti dan diubah sehingga objektif sebenar telah diabaikan.

Pelajar mesti ingat bahawa setelah memasuki uni mereka tidak seharusnya 
membuang masa dan mengabaikan pelajaran sama sekali. Mereka mesti berkorban 
masa dan tenaga selama 3 atau 4 tahun tanpa jemu, patah semangat atau putus 
asa. Nak buat macam mana dah itu caranya. Sesekali tidak boleh main-main kerana 
persaingan amat sengit sekali.

Tanggungjawab pelajar ialah belajar, dan tanggungjawab sebagai anak mentaati 
ibu bapa.

Salam.



 



>
>
> 
>
>
>
>
>
________________________________
From: "farh...@yahoo. com" <farh...@yahoo. com>
>To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
>Sent: Thu, October 22, 2009 9:31:55 AM
>Subject: Help Palestine [hidayahnet] minta pendapat semua: masalah keciciran 
>pelajar
>
> 
>assalamu'alaykum
>
>saya nak tanya pandangan sahabat semua.
>apakah penyebab berlakunya keciciran di kalangan pelajar IPT.
>kalau masa di sekolah atau SPM, mereka cemerlang.
>tapi kenapa di univ pencapaian mereka sederhana sahaja atau lebih teruk sampai 
>repeat paper dan extend semester.
>
>saya sangat megalukan pandangan semua
>thanks in advance
>
>
>




      New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke