salam,

pada pandangan saya, sebenarnya ada banyak faktor. saya tidak akan 
membincangkan semua kerana berharap akan ada orang lain yang akan 
mengemukakannya di sini. walaubagaimanapun, saya akan highlightkan beberapa 
perkara seperti berikut:

1. pengaruh persekitaran dan cabaran zaman moden
sama seperti pendapat di bawah, pelajar2 ini mungkin merasa bebas untuk 
melakukan apa sahaja lantaran tiada ibubapa yang akan mengawal mereka lagi. 
keadaan menjadi sangat kritikal kerana budaya sosial yang melampau seolah-olah 
menjadi perkara perlu untuk diikuti jika tidak mahu disisihkan oleh rakan2 yang 
lain.

2. merasa yakin bahawa jika terkandas, mereka masih ada banyak peluang lain
kehidupan masa sekarang agak mudah bagi mereka. mereka merasakan bahawa tidak 
akan ada apa2 yang buruk bakal berlaku kepada kehidupan mereka jika mereka 
gagal dalam pengajian mereka kali ini. ini kerana terdapat pelbagai peluang 
pekerjaan atau peluang menyambung pengajian sekali lagi buat mereka.

3. tidak fikir bahawa tindakan mereka akan mendatangkan kesan buruk kepada 
orang lain
para pelajar tidak menganggap kegagalan mereka dalam pelajaran boleh memberi 
kesan buruk kepada ibubapa yang menanggung mereka. mereka juga tidak memikirkan 
bahwa sikap buruk mereka boleh memberi masalah kepada penduduk sekitar tempat 
tinggal mereka. kalaupun mereka sedar, mereka tidak mempedulikannya.
kebanyakan remaja masa sekarang (jangan kata remaja, masyarakat sekarang juga 
begitu) kurang memikirkan perasaan orang lain. mereka lebih banyak memikirkan 
tentang perasaan sendiri. dengan kata lain, mereka sangat mementingkan diri 
sendiri.
kebanyakan ibubapa sekarang, kurang memberi didikan tentang peripentingnya 
memikirkan perasaan orang lain lebih daripada memikirkan tentang diri sendiri. 
malah, tanpa disedari ibubapa dan masyarakat sendiri telah mengajar mereka 
untuk memikirkan apa yang orang lain perlu lakukan terhadap mereka, bukannya 
melatih mereka memikirkan apa sumbangan yang mereka boleh bagi kepada orang 
lain.
kalau ada yang kurang faham, biarlah saya kemukakan satu contoh. di sekolah, 
pelajar2 yang didenda oleh guru begitu mudah mengadu kepada ibubapa tanpa 
memikirkan kenapa mereka perlu dihukum. kenapa? sebabnya, mereka lebih 
memikirkan bahawa para guru TIDAK sepatutnya melayan mereka begitu. mereka 
tidak memikirkan kewajaran tindakan disiplin terhadap mereka. akhrinya, 
wujudlah kes2 saman terhadap para guru.

4. keputusan peperiksaan di sekolah tidak menggambarkan kecemerlangan mereka 
dalam pelajaran yang sebenar
sebenarnya, sudah menjadi perkara biasa di kalangan guru2 sekolah bahawa graf 
pemarkahan peperiksaan awam semakin turun saban tahun, walaupun peratusan 
keputusan semakin meningkat. ada sesetengah mata pelajaran telah diturunkan 
graf lulusnya sehingga 20%. bagaimana dengan graf A nya? fikir2kanlah sendiri. 
kesannya, kualiti pelajar sebenarnya telah merosot. apabila mereka mulai masuk 
ke alam kampus, ramai di antara mereka yang kecundang. ini kerana di peringkat 
u, graf pemarkahan boleh dikatakan statik setiap tahun tidak seperti di alam 
persekolahan mereka sebelumnya.

5. leka dengan kesenangan tanpa memikirkan kesusahan yang bakal berlaku
remaja sekarang hidup dengan pelbagai kesenangan di persekitaran mereka. malah, 
mereka juga membesar dalam keadaan tidak seteruk zaman dahulu. oleh itu, mereka 
tidak pernah merasa susah (sangat2). masalahnya, ketika itu, mereka sedang 
ditanggung oleh ibubapa. mereka tidak terfikir apa akan terjadi kepada mereka 
setelah mereka dewasa kelak di mana mereka tidak lagi boleh ditanggung oleh 
ibubapa mereka selamanya. oleh itu, mereka terus leka dibuai keseronokan hidup.



--- On Wed, 11/25/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] minta pendapat semua: masalah 
keciciran pelajar
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Wednesday, November 25, 2009, 12:25 PM







 









      maap andai ada yang terasa..
kebanyakan pelajar2 IPTA/S..baru dapat lesen..so mereka terasa seolah2 boleh 
buat apa yg mereka suka..tahun 1 mereka ok lagi..masuk tahun2 berikutnya.. ada 
yg tambah cemerlang ada yg KO..terpaksa repeat paper dsb.

mcm2 budak u disebelah rumah..mereka bebas dr pandangan mak bapak mereka..jd 
mereka pk boleh buat apa saja..kekdg pkul 12tengah mlm masih keluar 
rumah..pergi lepak..kul 2-3 pagi baru blik rumah sewa.
hari2 minggu ade jer mat2 yg dtg "mengendeng" ..lps tu cepat terpengaruh ngan 
mat2 yg poket tebal.. dan bla3...

let's click : http://bazarniaga. biz/forumdisplay .php?f=488

ym: ida3...@yahoo. com
sms: 013-2139066


--- On Thu, 22/10/09, farh...@yahoo. com <farh...@yahoo. com> wrote:

From: farh...@yahoo. com <farh...@yahoo. com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] minta pendapat semua: masalah keciciran 
pelajar
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Thursday, 22 October, 2009, 9:31 AM






 


                  assalamu'alaykum

saya nak tanya pandangan sahabat semua.
apakah penyebab berlakunya keciciran di kalangan pelajar IPT.
kalau masa di sekolah atau SPM, mereka cemerlang.
tapi kenapa di univ pencapaian mereka sederhana sahaja atau lebih teruk sampai 
repeat paper dan extend semester.

saya sangat megalukan pandangan semua
thanks in advance













        Get more social and better connected today.
 Add more friends to Yahoo! Messenger now!



















      

Kirim email ke