Hentikan budaya meminta
Harian Metro 13 Nov 09

KOTA BHARU: Rakyat perlu memahami tanggungjawab sebenar wakil rakyat dengan 
menghentikan budaya ‘meminta-minta’ yang hanya dilihat sebagai punca politik 
wang berleluasa.

Pensyarah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr 
Aziz Bari berkata, rakyat tidak sepatutnya menggambarkan peranan wakil rakyat 
mereka sebagai ‘pegawai kebajikan’ setiap kali memerlukan bantuan kewangan.

Katanya, budaya itu bukan saja menyebabkan berlaku rasuah dan penyalahgunaan 
kuasa, malah akibatnya turut ditanggung rakyat yang mengamalkan budaya terbabit.

“Jika kita hentikan budaya ini, ia begitu baik bagi semua parti politik kerana 
jika rakyat melihat ahli politik sebagai tempat untuk meminta duit akan 
menyebabkan berlaku rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kesudahannya ditanggung 
rakyat sendiri.

“Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ada hospital dan semua ada. 
Mengapa mereka (wakil rakyat) perlu ditarik untuk melakukan kerja itu kerana 
wakil rakyat tidak dilatih untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui 
selepas menghadiri Forum Kepimpinan Integriti Politik dan Masyarakat untuk 
peringkat akar umbi bagi Kawasan Parlimen Pas Tumpat, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah II, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 
Datuk Zakaria Jaafar.

Bagaimanapun, beliau berkata, politik wang itu sendiri dimulakan oleh wakil 
rakyat terbabit yang suka menonjolkan diri menerusi sikap ‘pemurah’.

Katanya, berikutan itu, kedua-dua pihak sama ada ahli politik mahupun rakyat 
perlu menghentikan amalan berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20091113090945/Article/index_html

Kita Semua Adalah Wakil Rakyat

Tahukah anda tanggungjawab seorang wakil rakyat ? Sebagai rakyat Malaysia yang 
layak mengundi anda diberi pilihan untuk memilih wakil rakyat di kawasan anda 
untuk menyuarakan permasalahan dan kehendak rakyat di Dewan Undangan Negeri 
serta di Parlimen Malaysia. Anda menentukan siapa calon pilihan anda.

Siapa sahaja yang anda pilih sebagai wakil rakyat, pastikan wakil rakyat ini 
bertanggungjawab untuk memelihara hak anda sebagai warganegara Malaysia yang 
merdeka. Wakil rakyat dipilih untuk bekerja untuk rakyat serta mewakili rakyat, 
baik di waktu senang apatah lagi di waktu susah.

Anda sebenarnya yang berkuasa di Malaysia ini, kerana andalah yang menentukan 
siapa yang terpilih untuk menjadi wakil rakyat , yang bekerja untuk menjaga hak 
serta kepentingan anda sekeluarga.

“Selamat Menunaikan Tanggungjawab Anda Sebagai Pengundi”

****************************************************

11 TANGGUNGJAWAB ASAS SEORANG WAKIL RAKYAT

1. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, 
kampung-kampung serta taman perumahan.

2. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta 
nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di 
kawasan yang diwaklili.

3. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang 
diwakili.

4. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk 
mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

5. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di 
kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang 
berkaitan.

6. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang 
akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

7. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk 
setempat waktu berurusan.

8. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan 
cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem 
faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila 
berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.
10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan 
badan berkanun.

11. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili 
semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di 
peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

Sumber dari Blog AMKNS 
http://amkns.blogspot.com/2007/04/kita-semua-adalah-wakil-rakyat.html



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Kirim email ke