Hadis Anas r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat 
di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi 
kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada 
selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali 
kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana 
dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Riwayat Muslim)

Kirim email ke