EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09 Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang Hari : Ahad 13 Disember 2009 Masa : 9 pagi hingga 1 tengahari
Mana nak hantar anak tadika ? Sekolah rendah ? Lepas UPSR ? Lepas PMR ? Lepas SPM ? OBJEKTIF EXPO - Memaklumkan kepada masyarakat bahawa N.Sembilan mempunyai banyak institusi pendidikan Islam dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi - Memberi penerangan kepada ibu bapa dan para pelajar akan peluang-peluang pendidikan Islam di N.Sembilan - Mengadakan pusat sehenti maklumat berkenaan institusi pendidikan Islam di negeri ini - Memudahkan pendaftaran para pelajar ke institusi pendidikan Islam dalam N.Sembilan Expo ini adalah terbuka kepada orang ramai secara percuma dan juga penyertaan secara percuma oleh institusi pendidikan Islam seperti Tadika Islam, Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Maahad Tahfiz, Sekolah Pondok dan Pusat Pengajian Islam yang lain. Kepada pihak pengurusan institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan yang ingin turut serta dalam Expo ini pihak penganjur akan memberikan satu tapak berbumbung seluas 10 ka x 10 ka secara percuma (meja dan kerusi tidak disediakan). Untuk maklumat lanjut sila hubungi , Rozmal bin Malakan , Setiausaha Surau dan Taman Alamanda Tel : 012-2267406 e-mel [email protected] Tarikh tutup pendaftaran penyertaan institusi pendidikan Islam pada atau sebelum Sabtu 5 Disember 2009. Anjuran : Surau Taman Alamanda PENDAFTARAN PENYERTAAN Sila isikan maklumat di bawah dan e-melkan ke [email protected] atau poskan ke : Urusetia EXPO Pendidikan Islam N9 Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda Peti Surat Surau Alamanda Jalan 1, Taman Alamanda 70450 Senawang N.Sembilan Nama Institusi : Alamat penuh : No tel : No fax : E-mel : Laman web : Nama untuk dihubungi : Jawatan : No tel : Adalah dengan ini kami mengesahkan untuk menyertai EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09 pada 13 Disember 2009 di Masjid Bandar Baru Senawang
