amry (019-646 2672)
automotive business consultant
PROTON & PERODUA “0” D/PAYMENT
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz menunaikan janjinya untuk berdebat secara
terbuka mengenai isu Royalti Petroleum Kelantan.
Salahuddin dalam satu sidang media di lobi parlimen petang semalam berkata, PAS
akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bagi menetapkan tarikh dan tempat
untuk diadakan debat tersebut.
"Saya harap Datuk Nazri akan berpegang pada janjinya untuk mengadakan
perdebatan terbuka ini.Beliau dah bagi persetujuan di dalam dan luar dewan
untuk berbahas mengenai royalti,"
"Saya akan bincang dengan Datuk Nazri, mungkin kita akan tubuhkan jawatankuasa
untuk bincang tentang debat ini di pihak saya dan juga pihak beliau dan saya
akan bincang jugak dalam parti tentang perkara ini dan tempat dan tarikh akan
diberitau secepat mungkin kepada media," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan respon positif daripada Nazri.
Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) pula berkata, wakil rakyat Pakatan
Rakyat telah berhujah berhabis-habisan untuk menyangah penyelewengan fakta yang
dinyatakan oleh Nazri sewaktu ucapan pengggulungannya petang tadi.
Namun ujarnya, Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional masih ingin menegakkan
benang yang basah dengan memberikan alasan Kelantan tidak berhak ke atas
royalti tersebut.
"Kita (Pakatan Rakyat) telah berhujah habis-habisan tadi.Wakil Machang, Ipoh
Timur dan saya sendiri.Nyata bahawa menteri dan kerajaan Barisan Nasional
bertegas tidak mahu memberi royalti ini kepada kerajaan negeri kelantan atas
alasan tidak ada hak.Apa yang ada cuma ihsan belas daripada kerajaan
persekutuan," katanya.
Bercakap dalam sidang media yang sama,Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) pula
mencadangkan suatu pendakwa bebas diadakan dalam menyelesaikan kes video klip
Datuk VK Lingam.
"Saya ingin mencadangkan agar satu pendakwa bebas seperti yang dilakukan oleh
negara lain sewaktu kepentingan negara terutama yang berpofil tinggi wujud dan
itutelah disahkan oleh menteri tadi.mereka tidak mempertikai kesimpulan oleh
suruhanjaya diraja," jelasnya.
"Ketika skandal seks bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan Monica
Lywinsky, maka dilantik seorang Pendakwa Bebas (yang bernama) Cannestar, ketika
berlaku monopoli dalam Microsoft, maka dilantik (Pendakwaraya Bebas)
dilantiknya David Boyz. Mereka ini dikenali sebagai bekas pendakwaraya yang
bebas," jelasnya.
"Kerajaan boleh berbuat demikian kalau ada iltizam politik kerana Pendakwaraya
sendiri (iaitu) Abdul Ghani Patail secara peribadi, bukan secara institusi
dipertikai...maka Yang Dipertuan Agong perlu melantik semula seorang yang
dikenali bebas untuk menguruskannya, inilah yang kerajaan perlu buat."
Beliau juga mendesak kerajaan memberi respon segera dalam dewan perbahasan
dalam masa terdekat.