Daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w., beliau bersabda, "Perumpamaan 
petunjuk dan ilmu yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya adalah seperti 
hujan jatuh ke bumi. 

"Sebahagian dari bumi itu ada yang subur menyerap air, menumbuh-suburkan 
tanam-tanaman, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula tanah yang keras, tidak 
dapat menyerap air sehingga tergenang. Maka denganya Allah memberi manfaat 
kepada manusia. Mereka dapat minum darinya dan memberi minum (binatang ternak 
dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke 
bahagian lain, iaitu di atas tanah (berlapis batu) yang tidak menggenang air 
dan tidak pula menumbuhkan rumput."

"Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama (menuntut ilmu), yang mahu 
memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, iaitu ia mempelajari 
dan mengajarkannya dan begitu pula perumpaan orang yang tidak mahu memikirkan 
dan tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."

(Riwayat Bukhari)

Kirim email ke