Baru-baru ini teman saya di Rembau telah mengunjungi sebuah kedai komputer yang 
menyediakan pelbagai perkhidmatan dari kursus komputer hinggalah ke 
perkhidmatan internet cyber cafe.

Pada saya kedai seumpama in harus mendapat liputan dan sokongan penuh media 
cetak, media elektronik, Jabatan Pelajaran, Jabatan Agama , Pihak Berkuasa 
Tenpatan dan PDRM. 

Kalau saya tahu ada Cyber Cafe macam ni di Senawang, saya tak akan risau hantar 
anak saya ke kedai macam ini.

Ini adalah kerana pemilik kedai berkenaan tidak membenarkan pengunjung melayari 
internet yang mengandungi laman web lucah, juga tiada permainan video 
dihidangkan. Ianya lebih kepada kedai untuk pengunjung mencari ilmu, mencari 
ketenangan, mencari maklumat.

Kalaulah semua Cyber Cafe seluruh Malaysia boleh mencontohi kedai ini , 
alangkah baiknya. Berkuranganlah maslaah sosial di Malaysia , insyaAllah.

Maklumat kedai tersebut ialah seperti berikut :

Pusat Teknologi Gemilang
No. 9 Jalan TRP 1, Taman Rembau Permata, 
71300 Rembau Negeri Sembilan. 
Tel : 06-685 8495 
Hp : 013-255 9515 (En Idris Salleh)
E-mail: [email protected] 
Laman Blog http://gemilang2u2.blogspot.com 




      

Kirim email ke