Hijrah Rasulullah adalah Meneggakkan Institusi Politik Islam iaitu Negara Islam
pertama Di Madinah.
Itulah roh yang perlu kita ambil... Tegakkan Islam dan buang sistem jahilliah
Dalam sistem negara.
Sent from my 3GS iPhone
On Dec 14, 2009, at 9:37 AM, Lenggang Kangkung wrote:
*
Kita sememangnya wajib bersyukur kepada Allah SWT Yang telah memberikan banyak
keni'matan kepada kita. Yang seandainya kita diminta menghitungnya, pastinya
kita tak akan mampu melakukannya. Dan, keni'matan yang terbesar yang diberikan
kepada kita, iaitu Islam. Dan kewujudan kita sebagai orang yang beragama Islam.
Sebab, ramai orang yang diberi keni'matan hidup, tetapi tidak semuanya mahu
memeluk Islam. Tetapi, keni'matan yang lebih besar lagi, yang diberikan kepada
kita ialah wujudnya dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah
Islam ini sampai kepada kita. Dua perkara inilah yang tidak semestinya kita
lupakan. Iaitu, dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam
itu sampai kepada kita.
Oleh itu, sangat munasabah apabila Hijrah baginda Rasulullah SAW diperingati
sebagai suatu peristiwa sejarah yang paling penting dalam kehidupan dakwah
rasulullah SAW. Yang di sini, kita peringati setiap tahunnya dengan nama "Maal
Hijrah". Mengapa peristiwa Hijrah baginda Rasulullah SAW ini merupakan
peristiwa yang sangat penting?
Pertama, dakwah Rasulullah SAW apabila masih berada di Makkah, telah melalui
masa-masa yang sangat sulit. Terutama setelah RAsulullah SAW diperintahkan
Allah untuk menyampaikan Islam secara terbuka kepada masyarakat Makkah, dan
menunjukkan bahawa baginda tidak bersendirian, melainkan ada jamaah yang
menyertainya, setelah Allah menurunkan surah al-Hijr:94:
"Maka sampaikanlah secara terbuka apa yang diperintahkan kepada kamu, dan
tentanglah orang-orang musyrik itu."
Setelah ayat ini turun, tepatnya setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul
Muthallib memeluk Islam, maka Rasulullah SAW memulakan dakwah secara terbuka.
Baginda, kemudian melakukan tawaf mengelilingi Ka'bah, yang diikuti oleh para
sahabat. Sejak itu, para sahabat dan pengikut baginda, termasuklah baginda
sendiri, setiap hari menerima penyiksaan daripada penguasa Makkah, dan
orang-orang kafir Quraisy.
Pernah baginda sedang shalat berhampiran Ka'bah, leher baginda diikat oleh
Uqbah bin Abi Mu'ait, sehingga baginda tidak dapat bernafas, sampai akhirnya
baginda ditolong oleh Abu Bakar. Pada masa yang lain, apabila baginda sedang
shalat, tengkuk leher baginda dipukul oleh Uqbah bin Mu'ait, sehingga baginda
pengsan, dan akhirnya ditolong oleh Fatimah. Puteri baginda itu menangis,
sedih, melihat nasib ayahanda tercintanya dianiaya oleh orang-orang kafir.
Bukan baginda sahaja yang mengalami nasib buruk seperti itu, malahan keluarga
Yasir telah disiksa, sehinggalah Sumayyah meninggal dunia sebagai syahidah
pertama.
Setelah penganiayaan secara fizikal tidak mampu menggoyahkan keteguhan para
pemikul da'wah ini, maka orang-orang kafir itu telah merancang untuk
mengasingkan baginda SAW dan para pengikutnya. Maka, terjadilah rancangan jahat
itu selama lebih kurang 3 tahun. Baginda dan para sahabat hidup di sebuah
lembah dalam keadaan kekurangan makanan, pakaian, pekerjaan, rumah dan diusir
dari Makkah. Dan setelah itulah, baginda meminta para sahabat untuk
meninggalkan Makkah menuju ke Habbasyah (Ethiopia-Afrika) untuk mencari
perlindungan kepada Raja Najasyi, dengan maksud untuk mempertahankan agama
mereka dari serangan secara berterusan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.
Maka, orang-orang kafir juga tidak mahu tinggal diam, sehinggalah mereka
menyampaikan maklumat-maklumat yang mengelirukan di luar negeri, untuk mengusir
kembali kaum muslimin yang berhijrah ke sana. Orang-orang kafir tersebut
berusaha untuk mengadu domba Raja Najasyi dengan kaum muslimin, yang akhirnya
tidak berjaya.
Sedangkan baginda Rasulullah SAW dan beberapa sahabat masih duduk di Makkah.
Justeru menjadikan tindakan orang-orang kafir semakin biadab kepada baginda
SAW. Sehingga baginda berfikir untuk mencari perlindungan, kerana dakwah Islam
tidak mungkin lagi disebarkan kepada orang-orang Makkah. baginda pada masa itu
cuba berhijrah ke Taif, untuk mencari perlindungan kepada Bani Tsaqif, yang
akhirnya malah baginda diusir dengan cara tidak sopan. Baginda dilempari dengan
batu dan kotoran, sehingga tubuh baginda berlumuran darah dan kotor.
Sehinggakan Zaed bin Haritsah menangis, melihatkan keadaan baginda yang sangat
menyedihkan itu.
Baginda, mencuba untuk masuk kembali ke Makkah, meskipun baginda tahu bahawa
baginda akan dibunuh, apabila berada disana. Maka, baginda berusaha mencari
perlindungan kepada Mut'im bin Adi, salah seorang tokoh pemuda Makkah. Dan
beliau sanggup melindungi keselamatan baginda SAW dan dakwah baginda. Sejak
itulah, baginda berada dalam perlindungan Mut'im bin Adi.
Sejak itu, baginda selalu mendatangi kabilah-kabilah yang datang ke Makkah
untuk menyampaikan dakwah Islam yang baginda bawa. Meskipun risikonya sudah
jelas sekali bagi baginda, sebagaimana sumpah baginda: "Demi Allah, seandainya
mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku,
aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ia dimenangkan
Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya."
Maka, baginda SAW, tetap tidak takut, dan terus-menerus berdakwah, meskipun
pada masa itu tidak satu kabilah pun yang menerima. Pernah baginda menyampaikan
dakwah ini kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, yang pada awalnya bersedia
menerima seruan dakwah Rasulullah SAW, namun dengan syarat bahawa kepemimpinan
setelah baginda mestilah diserahkan kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, namun hal
ini dijawab dengan tegas oleh baginda: "Sesungguhnya perkara (kekuasaan
kepemimpinan) ini merupakan hak Allah, yang akan Dia serahkan kepada sesiapa
sahaja yang Dia kehendaki."
Setelah jawapan itu disampaikan oleh Rasulullah, baginda langsung diusir dari
khemah kabilah Amru bin Sa'sa'ah. Inilah keadaan dakwah dan keteguhan baginda
dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah Islam. Setelah semuanya itu, Allah
memberikan pertolongan dengan dipertemukannya baginda saw. dengan orang-orang
Aus dan Hazraj yang datang untuk berhaji ke Makkah. Maka, apabila mereka
mendengarkan seruan Rasul untuk mengimaninya, mereka langsung menerimanya, dan
setelah itulah terjadi Bai'at Aqabah I, yang dilakukan di bukit Aqabah. Dan ini
merupakan titik awal perkembangan dakwah Rasulullah saw. yang pertama,
sehinggalah dakwah Islam ini sampai ke Yasrib,
(nama Madinah sebelum dirubah oleh baginda saw).
Setelah rombongan Aus dan Hazraj kembali ke Madinah, mereka meminta Nabi saw.
untuk mengirimkan orang agar mengajarkan Islam kepada mereka di sana. Ketika
itulah, baginda mengirim Mus'ab bin Umair. Salah seorang sahabat Rasulullah,
yang sebelumnya merupakan pemuda yang kaya raya, tetapi lebih memilih hidup
sederhana bersama Rasulullah. Mus'ab lah yang menyampaikan pelajaran Al-Qu'an
kepada penduduk Madinah, sehingga beliau mendapat gelaran sebagai Muqriul
Madinah.
Dan ternyatalah dakwah Islam yang disampaikan oleh Mus'ab dan orang-orang Aus
dan Hazraj yang telah memeluk Islam itu berjaya merubah public opinion penduduk
Madinah, sehinggalah semua orang memperkatakan tentang Islam. Akhirnya,
bilangan orang yang menyertai Islam menjadi semakin ramai, sehingga mereka mula
melaksanakan solat Jumaah yang pertama kalinya di sana.
Berita ramainya penduduk Madinah yang menyertai Islam ini telah menyenangkan
hati Rasulullah saw. dan para sahabat yang masih menyertai baginda di Makkah.
Dan untuk membuktikan kesiapan Madinah sebagai pusat tegaknya dan pengembangan
Islam, maka baginda meminta Mus'ab untuk mengirimkan mereka ke Makkah. Maka,
berangkatlah pada musim haji berikutnya, seramai 75 orang. 73 orang terdiri
daripada lelaki, dan 3 orang lainnya adalah perempuan. Mereka kemudian sampai
di Makkah dan bertemu langsung dengan Nabi, menyatakan sumpah setia yang
dikenal dengan Bai'at Aqabah II. Bai'at ini juga dikenal sebagai sumpah setia
untuk hidup dan mati demi Islam. Yang juga merupakan penyerahan kekuasaan
orang-orang Madinah kepada Nabi untuk menjadi Ketua Negara Islam. Dan inilah
yang mendorong baginda untuk berhijrah ke Madinah.
Kedua, hijrah Rasulullah saw. ke Madinah bukan untuk melarikan diri, atau
menyelamatkan diri dari ancaman orang-orang kafir. Tetapi untuk menegakkan
Islam, sehingga Islam ini menjadi agama dan ideologi yang boleh disebarkan ke
seluruh dunia, untuk menyelamatkan dunia daripada kehancuran. Sebagaimana yang
dinyatakan oleh Allah SWT. dalam surat At-Taubah: 33 /Al-Fath: 28 /As-Shaf: 9.
"Dialah Yang mengutus Rasul-Nya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq,
agar Dia memenangkan agamanya, keatas agama-agama yang lainnya."
Maka, tanpa hijrahnya Rasulullah ke Madinah, Islam tidak akan pernah sampai
kepada kita di Malaysia. Sebab, tidak pernah wujud negara Islam yang
menyebarkan dakwah ke seluruh dunia. Tetapi dengan hijrahnya baginda saw. ke
Madinah, maka sejak masa itulah negara Islam berdiri untuk yang pertama kalinya
di Madinah, dan sejak itulah Islam disebarkan dengan dakwah dan jihad ke
seluruh dunia. Sehinggalah Islam berkembang dengan cepatnya ke seluruh dunia,
yang dimulakan dengan penaklukan wilayah Hejaz (622-632 M.) semasa baginda saw.
kemudian secara berterusan, wilayah Syam di taklukkan semasa Umar bin Khattab.
Sehinggalah Islam masuk Eropah, setelah beberapa wilayahnya ditaklukkan pada
tahun 696-705 M. pada masa Khilafah Ummayah. Pada masa yang sama, Islam juga
telah sampai di Russia. Dan pada tahun 712, Islam telah sampai di Asia Tenggara.
Tetapi memandangkan pentingnya peristiwa Hijrah Rasulullah saw. ini, maka
sememangnya peristiwa ini bukan sekadar menjadi peringatan, melainkan lebih
daripada itu. Peristiwa Hijrah tersebut, justeru wajib dijadikan pelajaran,
bahawa Islam menjadi agama kita, dan sampai kepada kita bukan merupakan
peristiwa kecil, tetapi merupakan peristiwa besar. Kalau bukan kerana
pengorbanan Rasul dan para sahabat yang tidak kecil itu, pastilah Islam ini
tidak akan sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang
sanggup hidup dan mati demi Islam ini, tentulah Islam ini tidak sampai ke hari
ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang rela mengorbankan harta,
keluarga dan nyawa mereka, pastinya Islam tidak akan wujud hingga ke hari ini.
Dan oleh itu, kita semua berhutang kepada mereka. Dan kita tidak dapat
membayarnya, sebab mereka bukan meminta ganjaran daripada kita. Tetapi, mereka
menegakkan Islam dengan seluruh pengorbanan mereka, kerana mereka telah menjual
diri mereka kepada Allah, yang jiwa, harta dan semua yang mereka korbankan itu
telah dibeli oleh Allah dengan syurga-Nya.
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman itu, diri
dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga." (Q.s. At-Taubah:
111).
Saat ini , ketika ini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup
menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya,
dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk
Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Othmaniyah, pada 3 Mac 1924.
Setelah itu, negeri kaum muslimin berterusan mengalami musibah.
Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta
serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam
mustahil kembali berjaya diperingkat antara bangsa, seperti pada masa baginda
dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. Maka, semuanya terpulang kepada
keimanan dan ketaqwaan kita semua. Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga
dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak keni'matan yang tidak
diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi
pengorbanan kita, maka semakin besar keni'matan kita di akhirat kelak. Dan
sebaliknya. Akhir kata semoga kita termasuk diantara orang-orang yang sanggup
memberikan pengorbanan yang tertinggi demi Islam, semata untuk mencari ridha
Allah dan syurga-Nya.
Wallahu a'lam.
--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/14/2009 09:35:00 AM