KELAS TARANUM AL QURAN UNTUK MUSLIMAT Hari : Setiap Sabtu Masa : 3 petang Tempat : Surau An Nahdhoh ,Taman Desa Melor ,Senawang (sebelah Balai Bomba) Tenaga pengajar : Ustazah Norhayati Penyertaan terbuka kepada semua muslimat yang berminat
Maklumat lanjut hubungi Cikgu Hajah Nurciana 017-3629686 ******************** APA ITU TARANUM ? Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran. Rasulullah SAW menerima al-Quran secara berperingkat bermula daripada tahun 610 Masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang baik. Hasil daripada galakan ini, lahirlah generasi sahabat yang dikenali sebagai qari yang terkenal seperti Abdullah bin Mas’ud, Abu Musa Asy’ari dan beberapa sahabat besar yang lain.
