Alhamdulillah, pendaftaran anak-anak sesi persekolahan 2010 hampir selesai.

Pengurusan Sekolah Menengah Agama samada milik kerajaan negeri atau SABK 
(Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – Kementerian Pelajaran) atau SMKA (Sekolah 
Menengah Kebangsaan Agama) di Negeri Sembilan harus diperkemaskan.

Di Seremban contohnya, ramai pelajar yang memohon untuk masuk Sekolah Menengah 
Agama tapi tempat amat terhad.

Untuk SMKA ada yang ibu bapa terkilan (bukan saya, tapi rakan-rakan saya), 
ialah mulanya ditawarkan kepada pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 4A 
UPSR untuk pelajar sekolah rendah kerajaan dan 5A untuk pelajar sekolah rendah 
swasta.

Setelah lulus ujian dan temuduga , dengar cerita ada pelajar yang dapat 4A dan 
dari sekolah swasta mendapat surat tawaran. Lepas tu datang surat dari Ketua 
Pengarah Pelajaran Malaysia pada 28 Disember 2009 menyatakan hanya pelajar 5A 
dari sekolah kerajaan sahaja yang layak ke SMKA.

Saya beritahu ibu bapa jangan marah pada pihak Jabatan Pelajaran Negeri 
Sembilan atau pihak sekolah, kesian mereka. Mereka hanya menurut arahan surat 
dari KPP. Kalau nak marah, jumpa terus KPP, buat surat atau telefon atau e-mel. 
Kenapa tak beritahu awal-awal hanya pelajar 5A dari sekolah kerajaan sahaja 
yang layak mohon SMKA.

Itu satu bab.

Dahlah SMKA yang mohon 1300 lebih, tempat ada 300 sahaja. Yang SABK pun satu 
hal di Seremban ini. Ramai pelajar yang dapat kurang 2A UPSR tidak layak untuk 
memohon SABK. Yang mohon SABK yang layak pun sama, lebih 300 orang, tempat 
hanya ada 120 sahaja.

Sekolah Menengah Agama di Seremban ni, sejak zaman saya sekolah SDAR di 
Seremban dulu tahun 1981 masih sama bilangannya. Tak ada bertambah langsung 
bilangan sekolah agama, yang bertambah kelas atau bangunan.

Masalah di atas tidak akan timbul sekiranya lebih banyak sekolah menengah agama 
di bina di Seremban ini.

Atau mungkin tunggu MIC atau MCA nak hantar anak-anak mereka ke sekolah agama 
baru kerajaan kelam kabut nak tambah sekolah agama.

Samalah macam keputusan SPM mulanya hadkan 10 matapelajaran. Guru Agama kata 
mana boleh had 10 matapelajaran. Kerajaan buat tak tahu sahaja. Bila MIC dan 
MCA bising nak masukkan Bahasa Tamil dan Cina , barulah kerajaan tambah ke 12 
matapelajaran.

Samalah juga macam bab masjid yang dengar ceritanya nak dialihkan di Bongek 
kerana terlibat dalam pembinaan landasan keretapi berkembar. Sahabat saya di 
Bongek kata, mungkin kena minta orang Hindu bina Kuil sebelah masjid tu baru 
kerajaan tak jadi nak pindah masjid. Kerana orang Hindu akan mempertahankan 
Kuil mereka dari dirobohkan.

Entahlah.




Kirim email ke