Kembalilah pada Islam. Kembalilah pada hidup bermasyarakat, hidup berkampung, 
hidup berjiran. Ambil beratlah ahli keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga. 
Sebarkanlah kasih sayang.

Janganlah terlalu mengejar kecemerlangan. Anak-anak kalau kurang cemerlang 
dalam UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, bimbinglah mereka. Nikmat Allah kurniakan 
kita cahayamata yang sempurna lagi besar dari nikmat anak dapat 9A PMR. Nikmat 
Islam pula lagi besar dari nikmat anak yang ramai.

Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukur kita dilahirkan Islam. Bersyukur 
kita hidup dalam Islam. Doakan kita mati dalam Islam dan iman.

Besederhanalah dalam segala hal. Banyak memohon doa kepada Allah agar negara 
kita Malaysia dijauhi dari pelbagai bala bencana, penyakit dan malapetaka.

******************
190,255 rakyat Malaysia hidap Schizophrenia setakat 1 Julai 2003.
Sumber http://www.cureresearch.com/s/schizophrenia/stats-country.htm

Utusan 22 Jun 2009 – Pertambahan pesakit mental yang berterusan boleh 
mengakibatkan negara mengalami kerugian sehingga mencecah RM1 bilion kerana 
produktiviti negara terjejas akibat masalah tersebut.

Beliau mengulas kesan daripada jumlah pesakit mental di negara ini yang terus 
meningkat sebanyak 400,227 kes pada tahun lalu berbanding 364,196 kes pada 
tahun sebelumnya.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0623&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm&arc=hive

Penderita Schizophrenia Membunuh Keluarga Sendiri
Sun, Oct 25, 2009 Jakarta, matanews.com

Schizophrenia adalah kelainan otak yang kronis dan parah. Penderita 
schizophrenia merasa mendengar suara yang tidak didengar orang lain atau 
percaya bahwa orang lain dapat membaca dan mengendalikan pikiran mereka atau 
berencana menyakiti mereka. Schizophrenia juga menyebabkan orang keluar dari 
kenyataan, dengan gejala halusinasi, paranoia dan memiliki cara berpikir dan 
persepsi yang tidak biasa.

Meskipun jumlah penderita schizophrenia mereka mencapai 0,5 persen dari jumlah 
penduduk dunia, tetapi mereka diperkirakan hanya ertanggungjawab atas 6,5 
persen tindak pembunuhan di seluruh dunia, kata Dr. Olav Nielssen dari 
Universitas Sydney di Australia, yang memimpin penelitian itu.

Sebagian besar korban adalah anggota keluarga, dan hampir setengah dari kasus 
itu diakibatkan oleh penderita schizophrenia yang belum pernah diobati. 
Penemuan terkini tersebut didasarkan pada tujuh penelitian di Eropa dan 
Australia yang mengamati pembunuhan oleh penderita schizophrenia. Angka 
pembunuhan terhadap orang asing diperkirakan mencapai rata-rata 1 dibanding 7 
juta atau 1 dibanding 18 juta orang per tahun.

Sumber http://matanews.com/2009/10/25/membunuh-keluarga-sendiri/

Schizophrenia ialah sejenis kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan,nyanyuk 
dan multiple sclerosis.Ia biasanya bermula di kalangan orang baru masuk ke alam 
dewasa. Di seluruh dunia,ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu 
negara.

Tanda dan gejala penyakit
Delusi:
Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh pendapat 
yang waras. Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat jahat 
kepadanya,percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar 
seperti jin ,hantu atau keramat,percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa 
dan luar biasa.

Gangguan persepsi
Halusinasi:
persepsi yang salah. Contoh: Mendengar suara-suara ghaib bercakap kepadanya 
atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap apa yang dilakukannya 
sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain

Gangguan tingkahlaku
Perangai yang pelik dan sering berubah-ubah.
Kurang berupaya untuk melakukan aktiviti harian dengn baik. Menarik diri dari 
berinteraksi dengan masyarakat (suka menyendiri)

Sumber Kementerian Kesihatan 
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/Schizophrenia.php





Kirim email ke