Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian 
seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik 
sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. 
Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul 
daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta 
memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh 
kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan.

Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu 
melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah 
kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan 
ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana 
yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga 
dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh 
ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana 
yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

(Riwayat Muslim)

Kirim email ke