Daripada Ibn Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "aku 
diperintahkan supaya memerangi manusia hingga mereka mengucapkan lailaha 
ilallah wa muhammadan rasullullah (Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu 
pesuruhnya) dan mereka mendirikan sembahyang dan mengerluarkan zakat. 

Maka apabila mereka berbuat demikian itu terpeliharalah mereka daripadaku; 
darah mereka dan harta mereka kecuali dengan hak Islam dan hisab mereka tas 
Allah Taa'la.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

* hadith ini bukan membawa maksud nabi memerangi semua orang kafir jika mereka 
tidak mahu bersyahadah, bersembahyang atau, berzakat. Menurut Imam Nawawi, ia 
ditujukan kepada para penyembah berhala yang memusuhi Islam secara terbuka.

* Di dalam banyak riwayat diceritakan Rasulullah memberi 3 pilihan ketika 
beliau menyampaikan dakwah kepada kerajaan Rom, Parsi dan lain-lain 1)Menerima 
Islam. 2)Membayar ufti. 3)Berperang.

Wallahu'alam.

Kirim email ke