Pertandingan Mereka Cipta Tudung Berasaskan Batik 
BULAN JANUARI 2010 MERUPAKAN BULAN BATIK DI FLEA MARKET BAZAAR MAINS , Seremban

Maklumat lanjut di laman web Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) 
di http://www.bazaarmains.myportal.my/ 

Peraduan Utama bulan ini merupakan 'REKACIPTA TUDUNG MUSLIMAH BERTEMAKAN 
BATIK'. 

Hadiah-hadiah lumayan termasuk Pakej Percutian disediakan untuk pemenang 
Peraduan.

Syarat-syarat Peraduan;
- Rekacipta mestilah rekaan asli. 
- Rekacipta boleh menggunakan sebarang jenis tekstil tetapi mesti berunsurkan 
batik. 
- Borang penyertaan dan tudung yang dipertandingkan hendaklah sampai ke meja 
Setiausaha sebelum  atau pada 22 Januari 2010 pukul 3 petang (Tarikh Tutup 
Peraduan) 
- Keputusan pengadil adalah muktamad.  
- Yuran penyertaan sebanyak RM10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan ke 
atas setiap peserta. 
- Setiap peserta boleh menyertakan tidak lebih daripada 2 (dua) tudung untuk 
penyertaan. 
- Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan atas apa alasan sekali pun. 
- Tudung-tudung yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hak milik 
Persatuan Usahawan Bazaar Mains dan akan digunakan untuk tujuan promosi dan 
komersial. 
- Peserta mesti hadir sendiri semasa acara saringan dan semasa keputusan 
peraduan di umumkan. 
- Sebarang maklumbalas, hubungi Encik Zamri di 0133155808 atau email ke 
[email protected] 

Hadiah Untuk Pertandingan Rekacipta Tudung Berasaskan Batik :

Tempat Pertama Penginapan Di Hotel 2H/1M, Tunai RM100 & Hamper
Tempat Ke Dua Voucher Makan, Tunai RM80 & Hamper
Tempat Ke Tiga Voucher Makan, Tunai RM50 & Hamper
 3  Hadiah Saguhati Hamper 




      

Kirim email ke