PERSOALANNYA IALAH ?

1. Kenapa nombor telefon Bank Negara begitu mudah di godam ?
Tak pasti tentang perkara ini. Apa yang saya faham ialah mereka perlu akses
talian telepon tersebut secara fizikal.

2. Kenapa butir peribadi seseorang mudah diperolehi oleh perompak internet
ini ?
Butiran peribadi individu boleh diperolehi disebabkan oleh kesilapan
pengguna sendiri. Tidak rajin membaca tentang keselamatan rangkaian dan
terlalu percaya kepada maklumat dari internet. Banyakkan membaca tentang
langkah keselamatan menggunakan internet. Belajar menggunakan sistem operasi
dengan betul supaya tidak berlaku pencerobohan data secara lokal dan remote.
3. Kenapa sistem perbankan internet di Malaysia ini begitu tidak selamat ?
Sistem perbankan berinternet seluruh dunia boleh dikatakan tidak selamat
sekiranya pengguna masih tidak mengambil inisiatif sendiri mempertahankan
maklumat peribadi mereka. Setiap bank sentiasa mengingatkan pelanggan
tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. Antaranya ialah
bersihkan maklumat peribadi yang tersimpan di folder temporary, elakkan
menggunakan link yang tidak dapat disahkan melalui email dan sebagainya.
Pendek kata rajinlah membaca sebelum menunding jari.
4. Haruskah perbankan internet di Malaysia ini dihapuskan memandangkan
begitu ramai mangsa tertipu ?
Tidak perlu dihapuskan sistem perbankan internet. Ianya adalah pilihan bagi
pengguna, di mana pengguna mempunyai kebebasan untuk menggunakannya atau
tidak. Ramai mangsa yang tertipu tersebut seharusnya menghadirkan diri
kedalam program-program yang mendidik tentang keselamatan rangkaian telefon,
internet dan sistem komputer.
5. Apa tindakan Bank Negara dan kerajaan untuk membendung kegiatan ini ?
Bank negara dan bank-bank komersial yang ada di malaysia ini pada hemat saya
telah memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberi kesedaran kepada
pengguna tentang pentingnya mengetahui cara selamat menggunakan sistem
mereka. Mereka telah berpesan melalui banyak media, tetapi seperti biasa
kita kurang membaca.
6. Wang dirompak itu akan dimasukkan ke akaun seseorang. Apakah pihak bank
tidak dapat memberi maklumat kepada mangsa atau polis siapa pemilik akaun
yang wang dirompak itu dipindahkan ke akaun siapa ?
Biasanya urusan transaksi akan direkodkan dalam sistem, cetak transaksi
tersebut, buat laporan polis dan maklumkan ke bank. Saya percaya akan ada
tindakkan siasatan di ambil. Ramai berkata pihak polis tidak bertindak
membendung perkara seperti ini, sebenarnya tidak. Jika benar perkara
tersebut berlaku polis akan mengambil tindakan, kalau tidak silap saya ada
satu bahagian khusus tentang jenayah komersial siber di balai polis dang
wangi.


2009/12/29 <>

>
>
> Salam,
> Pada pendapat saya kejadian penipuan perbankan berlaku kerana kecuaian &
> kelalaian mangsa sendiri. Setiap arahan yang diberikan jika tidak dituruti
> sudah pasti akan mengagalkan penipuan. Mangsa sendiri yang memberikan akses
> kepada akaun @ membuat pemindahan wang ke akaun penipu. Pihak berkuasa
> semestinya membuat satu akta untuk menangani masaalah sebegini agar penipu
> boleh didakwa di mahkamah.�
>
> Kes penipuan mcm ni, pihak polis tidak akan membuat apa2 tindakan sekiranya
> laporan polis dibuat...hanya fail shj akan dibuka namun tiada apa2 tindakan
> yg akan di ambil. Pihak mangsa sendiri yang perlu menyaman pihak penipu
> dengan membawa kes itu sendiri kepada mahkamah itu pun bergantung kepada
> berapa jumlah kerugian. Namun sekiranya pihak penipu tidak tampil maka kes
> akan berlanjutan sehingga mangsa sendiri menjadi tok selanjut.
>
> 2009/12/21 <>
>
>>  �
>>
>> Minggu lepas seorang sahabat saya di Seremban dirompak RM 7500 melalui
>> penipuan perbankan internet oleh perompak yang menggunakan komputer sebagai
>> senjata.
>>
>> Pada mulanya dia dihubungi melalui telefon mengatakan dia ada menggunakan
>> kad kredit yang dia tidak pernah pohon dan perlu dibuat tindakan segera
>> untuk mengelakkan tindakan undang-undang. Dia diyakinkan kemudian dengan
>> panggilan dengan nombor dari Bank Negara. Dia menalipon semula nombor Bank
>> Negara tersebut dan mendapati ianya dijawab oleh operator elektronik Bank
>> Negara.
>>
>> Apabila dia yakin nombor tersebut memang nombor Bank Negara dia
>> menghubungi semula pemanggil pertama yang menggunakan talian talipon bimbit.
>> Pemanggil pertama tadi mengarahkannya pergi ke ATM dan mengikut arahan.
>>
>> Setelah mengikuti beberapa arahan dalam sekelip mata wangnya dalam akaun
>> AmBank dirompak RM 7500 melalui perbankan internet. Dia nampak pada skrin
>> ATM wangnya dipindahkan ke akaun seseorang.
>>
>> Setelah disedari ditipu dan dirompak. Dia terus membuat laporan polis dan
>> menyekat akaunnya di bank.
>>
>> Dua minggu lepas pula ayah saya di Rembau hampir menjadi mangsa serupa.
>> Cuma modus operandinya lain sedikit. Ayah menerima SMS mengatakan dia
>> mendapat hadiah RM 17,000.00 , untuk mendapatkan hadiah tersebut dia perlu
>> pergi ke ATM BSN dan mengikut arahan. Seperti sahabat saya diatas, caranya
>> sama. Mujur akauan dalam akaun pada ketika itu tak sampai RM 20. Pemanggil
>> minta ayah masukkan RM 2000 , tetapi ayah tidak berbuat demikian.
>>
>> Kemudian ayah membuat laporan polis di Balai Polis Rembau dan menyekat
>> akaun di bank. Menurut polis memang banyak berlaku kes rompakan perbankan
>> internet sekarang ini. Semua golongan terpengaruh dengan penipuan secara
>> ganjaran dan ugutan.
>>
>> Mereka yang menerima panggilan seperti ini kalau tak tahu nak layan, letak
>> sahaja talipon. Atau minta mereka poskan sahaja saman dan hadiah ke rumah.
>> Jangan berikan butir peribadi seperti No MyKad, Alamat Rumah , Nama Penuh
>> dan sebagainya.
>>
>> PERSOALANNYA IALAH ?
>>
>> 1. Kenapa nombor telefon Bank Negara begitu mudah di godam ?
>> 2. Kenapa butir peribadi seseorang mudah diperolehi oleh perompak internet
>> ini ?
>> 3. Kenapa sistem perbankan internet di Malaysia ini begitu tidak selamat ?
>> 4. Haruskah perbankan internet di Malaysia ini dihapuskan memandangkan
>> begitu ramai mangsa tertipu ?
>> 5. Apa tindakan Bank Negara dan kerajaan untuk membendung kegiatan ini ?
>> 6. Wang dirompak itu akan dimasukkan ke akaun seseorang. Apakah pihak bank
>> tidak dapat memberi maklumat kepada mangsa atau polis siapa pemilik akaun
>> yang wang dirompak itu dipindahkan ke akaun siapa ?
>>
>>
>
>
> --
> "LOAN ANDA DI TOLAK OLEH BANK???" ANDA BLACKLIST HINGGA RM150K BOLEH MOHON
> HUBUNGI 019-4706971 @ [email protected]
> sms :
> 1.Nama penuh 2.No.Ic 3.Majikan 4.Gaji kasar (Gaji pokok + elaun tetap) 5.
> Jum potongan dalam slip gaji
>
> Kelebihan pinjaman koperasi:
>
> 1. Kadar kelulusan segera, walaupun blacklist dijamin lulus!
> 2. Kadar faedah serendah utk 1-2thn3.99%, 3-10thn:4.99%, 11-15thn: 5.79%
> 3. Mempunyai khairat kematian dan dilindungi insurans Takaful
> 4. Pinjaman sehingga RM150K, sehingga 15 tahun
> 5. Tiada penjamin diperlukan
> 6. Boleh overlap hutang lama sekiranya potongan melebihi 60%
>
> Syarat-syarat:
> 1. Potongan melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
> 2. Jawatan tetap (kerajaan/badan berkanun & swasta (Ada kemudahan BPA)
> 3. Jawatan Kontrak (kerajaan & badan berkanun - Min Kontrak > 2 tahun -
> Kecuali Penari Kontrak)
>  
>

Kirim email ke