2010/1/14 <>

>
>
> PERSOALANNYA IALAH ?
>
> 1. Kenapa nombor telefon Bank Negara begitu mudah di godam ?
> Tak pasti tentang perkara ini. Apa yang saya faham ialah mereka perlu
> akses talian telepon tersebut secara fizikal.
>
TAK siapa pun godam, dia cuma kasi nombor betul Bank Negara, bila kita
talipon memang le staff Bank Negara yg jawap.

>
>
> 2. Kenapa butir peribadi seseorang mudah diperolehi oleh perompak internet
> ini ?
> Butiran peribadi individu boleh diperolehi disebabkan oleh kesilapan
> pengguna sendiri. Tidak rajin membaca tentang keselamatan rangkaian dan
> terlalu percaya kepada maklumat dari internet. Banyakkan membaca tentang
> langkah keselamatan menggunakan internet. Belajar menggunakan sistem operasi
> dengan betul supaya tidak berlaku pencerobohan data secara lokal dan remote.
>
Kita suka masuk forum, isi borang masa kat supermarket dsbnya... semua salah
sendiri.

>
>

> 3. Kenapa sistem perbankan internet di Malaysia ini begitu tidak selamat ?
> Sistem perbankan berinternet seluruh dunia boleh dikatakan tidak selamat
> sekiranya pengguna masih tidak mengambil inisiatif sendiri mempertahankan
> maklumat peribadi mereka. Setiap bank sentiasa mengingatkan pelanggan
> tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. Antaranya ialah
> bersihkan maklumat peribadi yang tersimpan di folder temporary, elakkan
> menggunakan link yang tidak dapat disahkan melalui email dan sebagainya.
> Pendek kata rajinlah membaca sebelum menunding jari.
>
SIstem bank Malaysia InsyaAllah selamat. kalau nak sistem yg betul-betul
selamat tak akan jumpa pun. No such thing secure network. Syarat penjualan
produk enkripsi luar dari US hanya boleh dilakukan selepas CIA berjaya
crack.

>
> 4. Haruskah perbankan internet di Malaysia ini dihapuskan memandangkan
> begitu ramai mangsa tertipu ?
> Tidak perlu dihapuskan sistem perbankan internet. Ianya adalah pilihan bagi
> pengguna, di mana pengguna mempunyai kebebasan untuk menggunakannya atau
> tidak. Ramai mangsa yang tertipu tersebut seharusnya menghadirkan diri
> kedalam program-program yang mendidik tentang keselamatan rangkaian telefon,
> internet dan sistem komputer.
>
Sikap jahil pengguna. Kena tahu bank tak akan email atau call minta
password. salah sendiri kasi password kat org lain


>
> 5. Apa tindakan Bank Negara dan kerajaan untuk membendung kegiatan ini ?
> Bank negara dan bank-bank komersial yang ada di malaysia ini pada hemat
> saya telah memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberi kesedaran kepada
> pengguna tentang pentingnya mengetahui cara selamat menggunakan sistem
> mereka. Mereka telah berpesan melalui banyak media, tetapi seperti biasa
> kita kurang membaca.
>
> 6. Wang dirompak itu akan dimasukkan ke akaun seseorang. Apakah pihak bank
> tidak dapat memberi maklumat kepada mangsa atau polis siapa pemilik akaun
> yang wang dirompak itu dipindahkan ke akaun siapa ?
> Biasanya urusan transaksi akan direkodkan dalam sistem, cetak transaksi
> tersebut, buat laporan polis dan maklumkan ke bank. Saya percaya akan ada
> tindakkan siasatan di ambil. Ramai berkata pihak polis tidak bertindak
> membendung perkara seperti ini, sebenarnya tidak. Jika benar perkara
> tersebut berlaku polis akan mengambil tindakan, kalau tidak silap saya ada
> satu bahagian khusus tentang jenayah komersial siber di balai polis dang
> wangi.
>
>
> 2009/12/29 <>
>
>>
>>
>> Salam,
>> Pada pendapat saya kejadian penipuan perbankan berlaku kerana kecuaian &
>> kelalaian mangsa sendiri. Setiap arahan yang diberikan jika tidak dituruti
>> sudah pasti akan mengagalkan penipuan. Mangsa sendiri yang memberikan akses
>> kepada akaun @ membuat pemindahan wang ke akaun penipu. Pihak berkuasa
>> semestinya membuat satu akta untuk menangani masaalah sebegini agar penipu
>> boleh didakwa di mahkamah.�
>>
>> Kes penipuan mcm ni, pihak polis tidak akan membuat apa2 tindakan
>> sekiranya laporan polis dibuat...hanya fail shj akan dibuka namun tiada apa2
>> tindakan yg akan di ambil. Pihak mangsa sendiri yang perlu menyaman pihak
>> penipu dengan membawa kes itu sendiri kepada mahkamah itu pun bergantung
>> kepada berapa jumlah kerugian. Namun sekiranya pihak penipu tidak tampil
>> maka kes akan berlanjutan sehingga mangsa sendiri menjadi tok selanjut.
>>
>> 2009/12/21 <>
>>
>>>  �
>>>
>>> Minggu lepas seorang sahabat saya di Seremban dirompak RM 7500 melalui
>>> penipuan perbankan internet oleh perompak yang menggunakan komputer sebagai
>>> senjata.
>>>
>>> Pada mulanya dia dihubungi melalui telefon mengatakan dia ada menggunakan
>>> kad kredit yang dia tidak pernah pohon dan perlu dibuat tindakan segera
>>> untuk mengelakkan tindakan undang-undang. Dia diyakinkan kemudian dengan
>>> panggilan dengan nombor dari Bank Negara. Dia menalipon semula nombor Bank
>>> Negara tersebut dan mendapati ianya dijawab oleh operator elektronik Bank
>>> Negara.
>>>
>>> Apabila dia yakin nombor tersebut memang nombor Bank Negara dia
>>> menghubungi semula pemanggil pertama yang menggunakan talian talipon bimbit.
>>> Pemanggil pertama tadi mengarahkannya pergi ke ATM dan mengikut arahan.
>>>
>>> Setelah mengikuti beberapa arahan dalam sekelip mata wangnya dalam akaun
>>> AmBank dirompak RM 7500 melalui perbankan internet. Dia nampak pada skrin
>>> ATM wangnya dipindahkan ke akaun seseorang.
>>>
>>> Setelah disedari ditipu dan dirompak. Dia terus membuat laporan polis dan
>>> menyekat akaunnya di bank.
>>>
>>> Dua minggu lepas pula ayah saya di Rembau hampir menjadi mangsa serupa.
>>> Cuma modus operandinya lain sedikit. Ayah menerima SMS mengatakan dia
>>> mendapat hadiah RM 17,000.00 , untuk mendapatkan hadiah tersebut dia perlu
>>> pergi ke ATM BSN dan mengikut arahan. Seperti sahabat saya diatas, caranya
>>> sama. Mujur akauan dalam akaun pada ketika itu tak sampai RM 20. Pemanggil
>>> minta ayah masukkan RM 2000 , tetapi ayah tidak berbuat demikian.
>>>
>>> Kemudian ayah membuat laporan polis di Balai Polis Rembau dan menyekat
>>> akaun di bank. Menurut polis memang banyak berlaku kes rompakan perbankan
>>> internet sekarang ini. Semua golongan terpengaruh dengan penipuan secara
>>> ganjaran dan ugutan.
>>>
>>> Mereka yang menerima panggilan seperti ini kalau tak tahu nak layan,
>>> letak sahaja talipon. Atau minta mereka poskan sahaja saman dan hadiah ke
>>> rumah. Jangan berikan butir peribadi seperti No MyKad, Alamat Rumah , Nama
>>> Penuh dan sebagainya.
>>>
>>> PERSOALANNYA IALAH ?
>>>
>>> 1. Kenapa nombor telefon Bank Negara begitu mudah di godam ?
>>> 2. Kenapa butir peribadi seseorang mudah diperolehi oleh perompak
>>> internet ini ?
>>> 3. Kenapa sistem perbankan internet di Malaysia ini begitu tidak selamat
>>> ?
>>> 4. Haruskah perbankan internet di Malaysia ini dihapuskan memandangkan
>>> begitu ramai mangsa tertipu ?
>>> 5. Apa tindakan Bank Negara dan kerajaan untuk membendung kegiatan ini ?
>>> 6. Wang dirompak itu akan dimasukkan ke akaun seseorang. Apakah pihak
>>> bank tidak dapat memberi maklumat kepada mangsa atau polis siapa pemilik
>>> akaun yang wang dirompak itu dipindahkan ke akaun siapa ?
>>>
>>>
>>
>>
>> --
>> "LOAN ANDA DI TOLAK OLEH BANK???" ANDA BLACKLIST HINGGA RM150K BOLEH MOHON
>> HUBUNGI 019-4706971 @ [email protected]
>> sms :
>> 1.Nama penuh 2.No.Ic 3.Majikan 4.Gaji kasar (Gaji pokok + elaun tetap) 5.
>> Jum potongan dalam slip gaji
>>
>> Kelebihan pinjaman koperasi:
>>
>> 1. Kadar kelulusan segera, walaupun blacklist dijamin lulus!
>> 2. Kadar faedah serendah utk 1-2thn3.99%, 3-10thn:4.99%, 11-15thn: 5.79%
>> 3. Mempunyai khairat kematian dan dilindungi insurans Takaful
>> 4. Pinjaman sehingga RM150K, sehingga 15 tahun
>> 5. Tiada penjamin diperlukan
>> 6. Boleh overlap hutang lama sekiranya potongan melebihi 60%
>>
>> Syarat-syarat:
>> 1. Potongan melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
>> 2. Jawatan tetap (kerajaan/badan berkanun & swasta (Ada kemudahan BPA)
>> 3. Jawatan Kontrak (kerajaan & badan berkanun - Min Kontrak > 2 tahun -
>> Kecuali Penari Kontrak)
>>
>
>  
>



-- 
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer.com.my
OFFER buang saka RM130, jaminan 6 bulan. (MBB) 114253224132).

FREE:
http://darulsaka.blogspot.com/2009/10/saka-membuang-saka-diy-series.html

Kirim email ke