assalamualaikum... maaf la kalau terkasar bahasa. YANG DUK PANGKAH BN TU KENAPA????? tengok selangor, buruk2 PKR pun dapat gak 20m3 air free... BN sekarang bukan membela rakyat tapi MENGETUK rakyat.
TQ. ________________________________ From: "[email protected]" <[email protected]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Monday, 28 December 2009 7:29:20 Subject: Help Palestine [hidayahnet] Felda Palong di Negeri Sembilan Daif Felda Palong daif Berita Harian 21 Dis 2009 Jalan raya rosak di Pusat Bandar Palong 4,5 dan 6 menyukarkan aktiviti penduduk. Penduduk rayu bina balai polis, kemudahan mesin ATM PALONG: Palong 4, 5 dan 6 adalah pusat bandar bagi gugusan Felda Palong, kawasan dikenali sebagai skim tanah rancangan terbesar di negeri ini membabitkan Felda Palong Satu hingga 16, yang mempunyai bilangan penduduk kira-kira 100,000 orang. Namun, gelaran pusat bandar itu hanya indah dari segi nama tetapi dari aspek prasarana, jauh ketinggalan berbanding pusat bandar lain yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk penduduknya. Bayangkan, tiada satu pun institusi kewangan yang membuka cawangan atau perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM) di situ, menyebabkan mereka terpaksa berulang alik ke pekan Bahau dan Gemas yang terletak kira-kira 50 kilometer untuk berurusan setiap bulan. Keadaan itu bukan saja menjadikan perbelanjaan mereka meningkat, terutama kos tambang dan minyak tetapi ada penduduk yang pernah terbabit dalam kemalangan semata-mata mahu mengeluarkan RM200 untuk perbelanjaan anak sekolah. Tidak cukup dengan itu, penduduknya juga diulit bimbang kerana tidak mempunyai balai polis kerana pondok polis dengan dua anggota yang bertugas tidak mencukupi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman di situ. Penduduk Felda Palong 4, 5 dan 6 merayu kerajaan menyediakan kemudahan asas. Penduduk juga menuntut sebuah balai bomba diwujudkan kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku, terutamanya kebakaran kerana bimbang bantuan lewat tiba kerana 'balai yang terdekat tetapi jauh' adalah Balai Bomba Gemas dan Jempol. Ketua Kampung Felda Palong 4 merangkap Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Jempol, Rahim Jelani, berkata pihaknya berharap pihak berkuasa, terutama pengurusan Felda memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi penduduk. "Kita berharap Felda membantu kerana sepatutnya hasil titik peluh peneroka mengerah kudrat sedikit sebanyak dapat disalurkan ke sini dengan merangka pelbagai pembangunan dan kemudahan di pusat bandar ini. "Bukan sekali dua kami mengemukakan permasalahan ini tetapi sudah acap kali tetapi hingga hari ini kami belum menerima berita menggembirakan sekurangnya- kurangnya untuk melihat sebuah balai polis, bank dan bomba diwujudkan di sini," katanya. Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman, mengakui pusat bandar Palong 4, 5 dan 6 masih tidak banyak perubahan sedangkan kawasan ini adalah yang terbesar di gugusan Felda Palong dan boleh diiktiraf sebagai sebuah kompleks kemudahan penduduk setempat. "Saya bimbang kerana sekiranya ia berterusan tanpa perubahan akan menyebabkan lebih ramai golongan muda berhijrah ke bandar. "Saya berharap pihak berkuasa memberi perhatian dengan menstrukturkan dan merangka semula pembangunan di pusat bandar gugusan Felda Palong ini. "Sudah sampai masanya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri membuka sebuah balai polis di sini kerana bersempadan dengan Pahang dan Johor,” katanya. http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Monday/ Wilayah/20091221 075521/Article/ index_html __________________________________________________________________________________________ Surf faster and smarter with Firefox 3! http://my.downloads.yahoo.com/firefox/
