---
Sindrom ‘3L’ jejaskan UMNO, BN
UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu melupakan hasrat mengambil alih
Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) sekiranya pemimpin mereka masih dibelenggu sindrom ‘3L’ iaitu
Lagak, Laga dan Leka.
Penganalisis
Politik, Profesor Datuk Zainal Kling berkata, wabak yang menyelubungi
parti itu dilihat faktor utama UMNO sukar mengembalikan kepercayaan
rakyat terhadap parti itu.
Katanya, sikap ‘lagak’ dalam
kalangan pemimpin UMNO/BN membuatkan parti itu tidak lagi dapat
menyelami hati nurani rakyat apatah lagi memahami denyutan hati mereka.
“Mereka ini dilihat kurang mendampingi serta mendekati
masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi di kawasan mereka. Malah,
mereka dilihat ‘kurang cerdik’ dan tidak unggul untuk menghadapi
cabaran dalam pemimpin PR,” katanya.
Zainal berkata, sikap
pemimpin UMNO Selangor yang sering bertelagah dan menuding jari antara
satu sama lain membolehkan pemimpin PR mengeksploitasi keadaan tersebut
dengan sebaik mungkin.
“Perasaan leka yang menyatakan mereka
tidak pernah kalah dan tidak akan kalah boleh menyebabkan mereka ini
seolah-olah tidak sedar situasi sebenar yang berlaku sekarang,”
katanya.
Menurutnya, UMNO diingatkan supaya menangani sindrom segera.
Ditanya
sama ada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo masih
relevan untuk menerajui kepimpinan UMNO Selangor jika parti itu berjaya
menawan semula Selangor, Zainal berkata, Dr Khir perlu ‘membersihkan’
dirinya daripada pandangan negatif sebelum berbuat demikian.
“Malah
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar belum
tentu dapat kerana beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat
di Selangor,” katanya.
--
Life is constantly testing us for our level of commitment, and life's greatest
rewards are reserved for those who demonstrate to act until they achieve. Work
SMART: Specifically, Measurable, Achievable, Reasonable & Timeliness.
www.kowasa.org
www.kelabperantaujeli.wordpress.com