--- O
Rizab Jatuh Menjunam
Kedudukan kewangan Malaysia begitu goyah dengan rizab negara merosot
teruk akibat pengaliran keluar modal asing sepanjang 12 bulan lalu,
menurut laporan terbaru sebuah kumpulan kewangan berpengaruh.
UBS
Investment Research, yang merangkumi kumpulan perbankan antarabangsa
berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara
paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa.
Ahli
politik tempatan khuatir, keadaan kewangan negara akan bertambah buruk
dengan kehilangan lebih banyak pelaburan asing susulan serangan ke atas
gereja dan sekolah mubaligh Kristian sejak minggu lalu.
UBS
menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan “amat luar
biasa” memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling
besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) atau kira-kira RM120 bilion.
“Negara lain seperti
China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan
peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan
lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali,” kata laporan itu.
Menurut
UBS, pengaliran keluar modal secara besar-besaran sepanjang tahun lalu
menjejaskan rizab antarabangsa Malaysia dengan amat teruk yang jatuh
lebih daripada 25 peratus.UBS berkata pengaliran keluar modal dari
Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada KDNK atau RM355 bilion
pada kiraan nilai semasa.
“Angka ini amat mengejutkan. Ia adalah
lebih dari dua kali ganda pengaliran keluar modal yang dialami oleh
Rusia dan jauh lebih besar berbanding dengan negara membangun yang lain.
Malah
pengaliran keluar modal yang dialami oleh Malaysia pada 2009 merupakan
fenomena yang jauh lebih besar dan dahsyat daripada pengalaman krisis
ekonomi Asia 1997-1998,” menurut laporan enam muka surat itu.
Laporan
oleh UBS Asia Securities Limited selanjutnya berkata ekonomi negara
Rusia, Ukraine dan negara-negara Teluk mengalami pengaliran keluar
modal asing akibat krisis ekonomi dunia.
Namun ketika ekonomi negara-negara terbabit kembali pulih, Malaysia masih
dicengkam pengaliran keluar modal asing, menurut UBS .
“Modal
asing masih keluar dari Malaysia secara berterusan dalam jumlah yang
besar walaupun kebanyakan ekonomi negara pasaran membangun menunjukkan
tanda kemasukan semula pelaburan asing,” menurut laporan itu.
Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed sebelum ini
berkata Malaysia hanya mencatat pelaburan asing langsung sebanyak RM4.2
bilion sahaja bagi tempoh Januari-Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi
2008.
--
Life is constantly testing us for our level of commitment, and life's greatest
rewards are reserved for those who demonstrate to act until they achieve. Work
SMART: Specifically, Measurable, Achievable, Reasonable & Timeliness.
www.kowasa.org
www.kelabperantaujeli.wordpress.com