Bismillah,

 

Diari Hariku…

Bertemu lagi…curi masa sekejap sementara Prof kenit Muiz
Hakiem beradu. Menjalani kehidupan alam rumahtangga dan keluarga serta
bekerjaya dari rumah memang mencabar tak kurang juga menghiburkan. Lebih-lebih
lagi apabila dapat melihat putera puteri yang dikasihi membesar di depan mata,
melayan kerenah mereka adakalanya memang mencuit hati dan menguji kesabaran
emosi. Di pagi yang indah & segar ini  sahaja saya telah diuji dengan PROJEK 
terbaru
prof. cilik  Muiz Hakiem  …ntah macam mana gayanya tunggang langgang
skrin notebook ibu dieksperimennya…tekan sana tekan sini tak sampai beberapa 
saat SUDAH TUKAR…dia sudah bikin MAGIC ini pagi! Hemm…segar sungguh ideamu 
sesegar pagi yang
indah ini yer! Semalam pula dalam leka ibu dan ayah berbual sambilmata
mengintai dia ~ berdedikasi dan leka sungguh 
Muiz ‘mengemas’ baju yang telah disusun auntie Yah…bibik Indon yang
diambil ON DUTY di hujung minggu. Seronok benar dia dengan projek barunya
sekelip mata tak beberapa saat ibu kerling semula Ya Ampun dia dah duduk dalam
laci bajutu pulak, ntah bila masa dia meloloskan diri pun tak perasan…cepat
sungguh dan paginie Muiz masih meneruskan dengan SURPRISEnya lagi…Hemm anak
bertuah! Mujur juga ibunie mengaji ilmu tingkahlaku dan perlakuan manusia yang
amat menyarankan dokongan EKSPLORASI di saat-saat tumbesaran ini, kerana ianya
akan bersalingkait dengan PERSONALITI yang dibentuk kemudian hari…kalau ibu tak
pergi mengaji dulunie…hissh harus ibu dah hangin satu badan dibuatnya….pasti
terserlah lontaran suara ibumu…takyah amik kelas vocal, peacing baik punya ibu
lontarkan  ~ he he he…

 

Pernah Menyampah dan Bosan ???

Itulah sebahagian warna-warni bergelar seorang ibu dan suri
rumah ini tak masuk lagi cabaran BEKERJAYA dari rumah…memang happening dan
multi taskinglaa omputih kata. Baru-baru ini sempat saya mendengar keluhan dan
luahan kenalan lama but she is a bit diffren seorang suri rumah sepenuh masa.
Dengan putera dan puteri seramai 4 orang berumur dari 15 tahun hingga 3 tahun
tanpa pembantu rumah memang mencabar fizikal dan emosi terkadang. Ada ketikanya
memang melelahkan semua yang dilakukan serba tak kena…dan tak kurangnya juga
kadang timbul pula peraan benci, meluat, menyampah, bosan, letih, rimas dan tak
suka tapi emosinie semua bukan benci ke anak, tak suka ke suami dan sebagainya
TETAPI benci, menyampah dan bosan dengan rutin harian sebenarnya. Asyik-asyik
nak kena mengadap ikan, lauk, dapur, pinggan mangkuk, kain baju, mencuci,
mengemas, membasuh kain  dan tak lupa
juga kebajikan anak-anak yang dikasihi hinggakan kadang terlupa yang diri ini
juga perlukan perhatian, perlukan kasih sayang, perlukan kerehatan, penghargaan
pendek kata kebajikan diri hampir terupa asyik sibuk siang malam menjaga
kebajikan orang lain. Haa disinilah peranannya ILMU tuan, puan , adik kakak
abang…makcik dan pakcik yang dikasihi para sahabat semua…

 

Pengurusan Stress atau Stress Yang “Mengurus”?

Kepentingan ilmu yang dinamakan STRESS MANAGEMENT atau
PENGURUSAN STRESS…penting sekalinie kalau tidak jawabnya STRESSlaa yang
mengurus kalian tak kena gayanya.  HARUS
jawabnya dengan usia yang meningkat, tabiat pemakanan, gaya hidup, pencemaran, 
komitmen
kehidupan…segala amanah dan tanggungjawab yang boleh bertukar menjadi BEBAN
menambahkan lagi  stress makin hari makan
bulan …tahun berkampung stress yang dikumpul dan yang dikutip. Inilah yang
bakal menjadi FAKTOR penyumbang juga sebenarnya kepada meningkatnya kos
perubatan, bil konsultasi berjumpa Doktor, ulang-alik Klinik…hospital…dan tak
kurangnya juga masuklah ranking meningkatkan stastitik pesakit-pesakit kronik
ringan ~ kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, migrane, slip
disc…inbalance hormone, cyst, lump, fibroid dan sebagainya. Itu yang seringkali
juga HAJAT DI HATI nak kurus…tak juga berjaya-jaya kurus…KENAPA yer???  
RAHSIANYA…stresslaa! Stress merupakan
pemangkin yang mujarab sebenarnya terhadap pembiakan sel-sel tubuh yang kurang
sihat…Nak tahu lebih lanjut nantikan kupasan 
yang dinanti-nanti ~ SLIM secara semulajadi dengan mencapai
kesejahteraan minda & emosi…SEMULAJADI lebih selamat dan long last orang
kata. Nantikan pengumumannya di http://anizanwar.com
tunggu yer kawan-kawan semua!!!

 

Tukar profesion nampak???

Hemm…buat para isteri pastinya dalam perjalanan anda PERNAH
bukan melalui emosi sebegini?Timenielaa kadang kesilapan kecil anak yang kurang
bersalah akan nampak bersangatan salahnya…apa yang mereka tahu anak kecil,
betul tak? Itu yang bukan takat suaranya nyaring siap dengan apa yang sempat
dirembat untuk melepas geram pada si anak. Hee ingat lagi kata kawan saya Kak
Zuri timenielaa tukar profesion kat pejabat jadi boss, senior exec, timbalan 
pengarah dan
sebagainya kat ngumah tu dia…sudah tukar jadi girl fren tarzan…hee si Jane
(bukan tang seksitu kawan-kawan tetapi LONTARAN SUARA)  kadang terbabas jugak 
jadi tarzan…menjerit
memberi arahan mahupun memarahi si anak-anak yang kurang bersalah tadi.
Hemm…peel lagunie yang perlu hati-hati para sahabat! Kadang ibu mahupun bapa
tak perasan  mungkin bukan maksud ibubapa
melepaskan geram pada anak-anak tetapi TEKANAN yang dialami ibubapa “ter” tidak
sengaja di salurkan dengan cara yang SALAH sama sekali. Bahayatu!

 

Impak stress ringan boleh menjadi mudarat???~ never prasan haa...


Inilah antara SYMTOM STRESS ringan yang boleh menjadi
PENDAMAN yang memudaratkan hubungan interpersonal di dalam keluarga. Sehari dua
mungkin tidak nampak kesannya tetapi makan tahun bahkan puluhan
tahun..hati-hati yang terluka, tercalar, sedih, kecil hati, marah, benci, geram,
marah boleh menjadi racun dalam diri dan hubungan tadi. Dan kesannya KEHARMONIAN
DAN KASIH SAYANG yang diimpikan dalam sebuah keluarga yang bahagia tidak mampu
dinikmati. Impak inilah terkadang menyebabkan kecenderungan individu di dalam 
sistem
keluarga ini MENCARI BAHAGIA DAN SEJAHTERA di luar. Anak, ibu ataupun bapa
masing-masing cuba
menidakkan ‘masalah yang hadir’ dan mencari alternative di luar sana untuk 
mengecapi
‘bahagia, keseronokan, kemanjaan dan sebagainya’. Nauzubillahminzalik…

 

Perkongsian bijak..perkongsian yang dirahmati Allah!

Kesimpulannya apa juga masalah yang hadir dalam rumahtangga
haruslah diselesaikan bersama-sama. Bak kata pepatah YANG BERAT SAMA DIPIKUL 
YANG RINGAN SAMA-SAMA DIJINJING. Lari daripada masalah…MENIDAKKAN masalah
yang hadir bukan jawapan pada yang kemelut isu yang melanda. Kerjasama, 
pengertian
dan saling bantu-membantu antara satu sama lain amatlah disarankan. Rumahtangga
dan perkahwinan adalah perkongsian! Maka jadikanlah perkahwinan dan keluarga
kalian satu PERKONGSIAN YANG BIJAK dalam ertikata yang sebenar dimana
masing-masing dan sama-sama SALING BANTU-MEMBANTU MENCARI KEREDHAAN ALLAH
SWT...bukan sekadar kosmetik mencari keseronokan mahupun pelarian  atas tiket 
kepentingan diri semata-mata
natijahnya membenarkan diri menjadi ‘lapangan permainan syaitan’
memperkotak-katikkan diri!


Betapa BERTUAHNYA kita...


Sehingga bertemu lagi…buat para isteri, suri rumah
berkerjaya mahupun sepenuh masa…SELAMAT MENEROKAI KEINDAHAN diberi kesempatan
dan HADIAH juga AMANAH bergelar ibu, isteri, nenek , tok wan, grandma…nikmatilah
kehidupan ini kerana apa sesungguhnya kalian SANGAT BERTUAH & TERPILIH
berbanding insan lain yang kadang ingin sekali memegang jawatan & amanah
ini tetapi tiada yang masuk meminang, tiada yang melamar untuk menjadi suri
hidup insan bergelar suami ada pula berumahtangga masih tidak dikurniakan
cahayamata dan sebagainya. Hidup mungkin sunyi…sepi…kosong tanpa ‘makna’
bahagia yang dicari dimana hari ini kita  yang “terpilih ini’ diberi kesempatan
“MENIKMATINYA ~ erti bahagia segelintir insan lain yang sangat-sangat
mendambakannya tetapi tidak diizinkan Allah lagi”…hilai tawa, riang, hiruk
pikuk, menjerit…menangis…syukur dan keterujaan alam keluarga dan
perkahwinan…Sekejapjer pun anak-anak nak memeriahkan hidup kita…esok lusa
sambung pengajian duduk di asrama, masuk universiti, kolej…berkahwin haa jangan
nangis sunyi sowang-sowang sudah…InsyaAllah kalau nilai murni memuliakan
Allah…memuliakan ibubapa dan kebahagian mereka kita MODELkan dalam rumahtangga
kita insyaAllah pastinya anak-anak juga akan mencerap nilaian murni dan positif
ini, insyaAllah mereka juga akan membahagiakan kita! Haa jangan lupatu skrip
doa memohon anak-anak yang memberi kelapangan kepada ibubapa…pentingtu! ~ This
is MY LIFE! I LOVE LIFE…I “LIVE” LIFE…

 

Relief and RE-LIVE your journey…jumpa kalian dalam Klinik
Sukses!

 



MY LiFe, LoVE & PaSSion ~ http://www.anizanwar.com(I LIKE!! Thanks Allah for 
helping me to help others thru this BEAUTIFUL JOURNEY...Subhanallah!!!) coMinG 
ToGetHer is a BeginningkeePinG ToGetHer is a ProgressworKinG ToGetHEr is a 
SUCCESS!!! Salam Harmoni & Hepi-hepi selalu ;
Pn Aniz Hj Anwar
EFT PractitionerCounsellor/Therapist
KLINIK SUKSES
YM : nizwar75 H/P : 012-3915362



      

Kirim email ke