4 Oleh Fudzail
*(1)* SEMUANYA bermula dari kemas kini status Dina di Facebook. �Membayangkan saya, 1 isteri dan 4 suami!� Berderet komen-komen daripada rakan-rakan Facebook Dina yang mencecah dua ribu orang. Ada yang menyokong dan ada yang memperolok-olok Dina sebagai gila. Pelbagai komen mereka yang majoriti berusia 30-an. Variasi yang membayangkan perubahan generasi dengan kepelbagaian pendidikan, pemikiran, pemahaman dan pendirian warga Malaysia setelah 53 tahun merdeka. Ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan sebagainya. Ramai rakan-rakannya tentu mereka yang mengaku sebagai Muslim. Membentuk kumpulan masyarakat majmuk di dalam kepompong jaringan sosial global yang menjadi cerminan kehidupan realiti. Ada komen-komen yang keras sekali. Menuduh Dina telah murtad kerana menyanggah hukum agama dan tidak sepatutnya menjadi gurauan, walau sekadar bayangan, sekadar imaginasi. Tidak sepatutnya dijadikan bahan humor walau pada kurun ke 21. Kurun di mana kebebasan bersuara dan hak-hak wanita menjadi sebahagian daripada manifesto asas dalam demokrasi. Kurun yang semakin gila dengan pelbagai isu alam, pemanasan global dan penipisan ozon. *SINI*<http://1426.blogspot.com/2010/01/cerpen-dari-berita-harian-30-januari.html>
