Saya menyeru kepada lepasan SPM, STAM, STPM dll yang berpeluang untuk 
melanjutkan pelajaran pada tahun 2010 ini jika ibu bapa tak mampu, tidak dapat 
pinjaman PTPTN, tidak dapat biasiswa, tiada jiran tetangga atau sanak saudara 
yang membantu, tiada jawatankuasa surau atau masjid boleh bantu jadilah 
Pengemis , minta sedekah depan bank-bank.

Tunjukkan surat tawaran masuk IPT, tunjukkan keputusan SPM dan sebagainya.

Adik-adik kalau dah tak ada cara lain, jadi Pengemis adalah jauh lebih baik 
dari adik-adik jadi pelacur. Jadi Pengemis adalah jauh lebih baik dari 
adik-adik menipu melalui perbankan Internet dan ATM.

Jadi Pengemis adalah Halal walaupun tidak digalakkan. Jadi Pengemis adalah jauh 
labih baik dari kaki rasuah, kaki judi.

Jangan sia-siakan hidup adik-adik. Menuntut ilmu adalah amat-amat penting untuk 
kelangsungan sesuatu bangsa yang berjaya.

Yang penting adik-adik , mohon bantuan Allah. Sembahyang jangan tinggal.

Kepada peminjam MARA, PTPTN , Yayasan dll yang dah kerja tu tapi tak bayar 
pinjaman, ingat , di akhirat nanti orang yang tak bayar hutang akan terhalang 
masuk syurga. Lu tanggunglah sendiri, dunia boleh lepas, akhirat SORRY.

************************************** 
Syarat lebih ketat untuk layak pinjaman PTPTN 
Berita Harian 1 Feb 2010 

Kerajaan perlu adakan sistem potongan gaji secara automatik

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menetapkan syarat hanya ibu bapa berpendapatan 
kurang RM5,000 sebulan, mempunyai tanggungan ramai, tinggal di bandar besar dan 
luar bandar diberi keutamaan untuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi 
Nasional (PTPTN).  
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), 
Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pada masa ini tiada satu syarat 
khusus berhubung tangga gaji ibu bapa pelajar menyebabkan pelajar yang ibu bapa 
mereka berpendapatan tinggi turut mendapat keistimewaan itu. 

"Kebiasaannya golongan seperti ini tidak mempunyai anak ramai untuk ditanggung 
dan pastinya mereka berkemampuan untuk menanggung yuran pengajian anak mereka," 
katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata 
PTPTN memerlukan dana lebih RM5 juta setahun menjelang 2013 bagi membiayai 
pinjaman pendidikan pelajar yang bertambah. 

Beliau berkata, kajian menyeluruh sudah dimulakan bagi melihat kaedah sesuai 
membolehkan agensi itu memperoleh dana berkenaan. 

Pada masa sama, katanya, PTPTN juga mengkaji untuk memberikan pinjaman kepada 
pelajar daripada golongan yang benar-benar memerlukan dan tidak perlu 
memberikan pinjaman kepada pelajar dari keluarga yang berkemampuan. 

Prof Dr Mohamad Ali berkata, justeru, penetapan tangga gaji adalah perlu 
sebagai panduan kepada PTPTN untuk memastikan hanya pelajar daripada keluarga 
yang benar-benar tidak berkemampuan menerima pembiayaan PTPTN. 

"Walaupun kita lihat pendapatan RM5,000 itu jumlah besar, sekiranya tinggal di 
bandar besar dan mempunyai tanggungan ramai, ia tidaklah besar sangat," 
katanya. 

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengadakan sistem potongan gaji secara 
automatik selepas enam bulan pelajar menamatkan pengajian untuk menjelaskan 
pinjaman pada kadar munasabah tanpa membebankan pelajar terbabit. 

"Kerajaan perlu bersikap tegas dalam soal pembayaran balik pinjaman PTPTN 
dengan memberikan tempoh tertentu kepada pelajar terbabit untuk menjelaskan 
pinjaman masing-masing dan menjadikan ia sebagai bidang keberhasilan utama 
(KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PTPTN. 

"Kita yakin pelaksanaan ini bukan saja dapat mengelakkan pelajar daripada liat 
membayar malah diharapkan tidak akan timbul lagi soal kesukaran kutipan semula 
yang menimbulkan masalah besar kepada PTPTN sebelum ini," katanya. 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20100131234705/Article/index_html
 



      

Kirim email ke