Askm,
     Guru dikira pemimpin pertengahan masyarakat manakala para menteri pula 
adalah pemimpin tertinggi negara. Maka para guru dan menteri adalah orang yang 
paling layak menjadi contoh kepada rakyat. Apabila janji sudah diikat dengan 
sesiapa pun maka tak kira guru tak kira menteri maka ianya wajib ditunaikan. 
Jika janji tidak ditunaikan ianya dikira sudah memiliki ciri nifaq. Maka 
apabila ada menteri termasuk dua menteri dari Kelantan (seorang darinya sekadar 
menteri ehsan) masih berdegil ? enggan benarkan Petronas bayar royalti minyak 
kepada kerajaan negeri Kelantan maka benarlah seperti kata Tuan Guru Dato' Nik 
Abdul Aziz mereka ini di akhirat nanti pasti akan dimamah api neraka. 

     Kita selalu baca/dengar berita di dada akhbar/TV rakyat diburu kerana 
tidak bayar ? hutang PTPN atau ? hutang MARA kerana tidak bayar pinjaman dan 
dikira telah melanggar perjanjian. Ada yang dihalang keluar negara walau pun 
sudah berada di airport kerana nama telah disenarai hitam berpunca dari gagal 
bayar balik pinjaman. Jika rakyat langgar perjanjian mereka pasti dihukum. Maka 
wajarlah Menteri-Menteri (samada Perdana atau tidak perdana) yang degil serta 
enggan menjelaskan royalti kepada kerajaan Kelantan juga dikira telah melanggar 
perjanjian dan dihalang dari keluar negara agar tindakan ini menjadi contoh 
bahawa hukuman tidak mengenal samada seseorang itu Menteri atau bukan Menteri, 
pelajar atau guru besar ? 

    Mereka kata mereka akan beri wang ehsan. Mereka nak berikan kepada rakyat 
melalui pecacai mereka disebuah jabatan bukan kepada kerajaan negeri. Wang 
ehsan itu hanya pemberian sedangkan royalti adalah hak yang perlu ditunaikan 
kepada kerajaan negeri Kelantan bagi menguruskan rakyat Kelantan. Mengapa murah 
hati sangat nak beri wang ehsan jika tidak kerana memang benar mereka sudah 
melanggar perjanjian ? Bagi mereka asalkan beri tak peduli kepada sesiapa maka 
mereka yakin akan lepas dari di soal di akhirat nanti ? Kalau seseorang itu 
berhutang atau wajib bayar sejumlah wang dengan seorang bapa tiba-tiba dia 
enggan bayar kepada si bapa tadi sebalik nya mecari-cari anak kepada orang yang 
dia pinjam wang itu adakah sah bayaran balik pinjaman itu ? Mana boleh berjanji 
dengan orang lain bayar kepada orang lain ? Ini tidak lain mesti ada tipu 
helah. Jika dia ada dua orang anak mungkin seorang/ atau kedua anak itu kata 
bayarlah kepada saya/kami RM 5000 kira
 beres sedangkan hutang RM10000. Jadilah Melayu yang baik kalau pun tak mau 
jadi orang Islam yang benar-benar beriman. Sekadar Islam (pada nama) di akhirat 
belum pasti terselamat kalau amalan di dunia lebih teruk dari yang bukan Islam 
!! Ingatlah minyak dari perut bumi itu adalah kurniaan Allah SWT. DIA boleh 
beri dan DIA boleh tarik balik bila-bila masa saja. Wallahua'lam.

ibnuAli



      

Kirim email ke