Sekarang semua mahu menjadi juara. Juara menegakkan Islam, juara membela umat 
Islam, juara membela nasib umat Islam Palestin, juara membanteras gejala 
murtad, juara membela orang Melayu.

Tapi kita lupa di Malaysia ini ada pelarian Islam Rohingya yang ditindas, 
dizalimi di negara mereka yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita.

Kalau pelarian Rohingya ini datang ke rumah kita, menjual kitab-kitab, kalau 
tak nak beli, berilah mereka sumbangan wang ringgit, bekalan makanan dan 
sebagainya.

Mereka tak minta sedekah, mereka tak merompak, mereka tak merasuah. Mereka cuma 
mahu hidup sebagai hamba Allah yang taatkan perintahNya.

Cubalah berbual dengan mereka , dengar kisah hidup mereka.

Mereka adalah saudara se Islam kita. Salah satu soalan yang ditanya dalam kubur 
nanti, pasti.

Kisah kecekalan pelarian Islam Rohingya di Malaysia pada pautan berikut 
http://ujangchengkau.blogspot.com/2010/01/kenalan-ku-abdul-qadeer.html 



      

Kirim email ke