Salam...puan

Gitulah nasib kita nampaknya.. tak banyak yang kita boleh buat puan.. harus 
terima je hakikat bahawa majoriti emak bapak lain kat Malaysia setuju dengan 
langkah yang dilaksanakan pemimpin mereka.. tak caya tengok pilihan raya akan 
datang... pemimpin yang sama akan dipilih.. Yang sedihnya mereka yang senada 
dengan puan pun ramai yang sokong kepimpinan yang sama... inilah taruhan kita 
atas segala pembangunan,kemewahan,kemajuan, subsidi minyak, suntikan ekonomi 
dan macam-macam yang kita telah terima dari kerajaan...

Tepuk dada.. tanya peraih undi(kalau pangkah dapat ape)..




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Monday, 18 January 2010 6:11:51
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bankrap sangatkah Kementerian 
Pelajaran tahun 2010 ni

 

Salam,

Saya pun mempunyai masalah yang sama gak...anak buah saya bersekolah di asrama 
penuh di Sg Petani Kedah, dan di minta balik setiap 2 minggu masalah nyer anak 
buah saya ini orang KLANG, x kan lah nk balik setiap 2 minggu sekali. Dah la 
dia tahun ni ambil PMR, ini akan menganggu dia untuk membuat ulangkaji 
pelajaran kerana terpaksa menumpang di umah kawan di area Sg Petani. Kenapa 
kerajaan x pikir ke sume ini? mereka ni lah bakal memimpin negara suatu hari 
nanti.....
--- On Sat, 1/9/10, roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com> wrote:


>From: roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com>
>Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bankrap sangatkah Kementerian Pelajaran 
>tahun 2010 ni
>To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
>Date: Saturday, January 9, 2010, 3:21 PM
>
>
> 
>(Pemimpin dan ahli politik terutamanya UMNO, PAS dan PKR, tolonglah tengok 
>masalah rakyat tahun 2010 ini yang semakin mencabar)
>
>Tahun 2010 Kementerian Pelajaran telah mengurangkan bajet sebanyak RM 2 
>Billion, ada yang kata RM 4 Billion.
>
>Saya dah tulis sebelum ini ibu bapa , guru dan para pelajar harus mengambil 
>langkah berjimat cermat agar tidak menjejaskan proses pembelajaran tahun 2010 
>ini.
>
>Dua artikel saya tulis agar guru, ibu bapa dan para pelajar mengubah sikap 
>2010 ini untuk menangani masalah bajet yang dipotong RM 2 Billion ini pada 
>pautan berikut
>http://waghih. blogspot. com/2010/ 01/2010-guru- kena-bawa- baldi-ke- 
>sekolah.html
>http://waghih. blogspot. com/2009/ 12/ibu-bapa- kena-bawa- tukul-besi- ke.html
>
>Apabila sesi persekolahan 2010 baru seminggu bermula, bermacam keluhan ibu 
>bapa saya dengar. Terutamanya yang anak masuk asrama, kerana bayaran makan 
>asrama telah naik RM 3 dari RM 1 untuk ibu bapa berpendapatan RM 5000 ke atas. 
>Kemudian subsidi kerajaan berkurang dari 24 hari sebulan ke 20 hari sebulan.
>
>Dengar cerita di MRSM bayaran nak masuk sekitar RM 2000 seorang.
>Sebuah Sekolah Menengah Agama di Seremban yuran termasuk yuran asrama RM 1,200 
>lebih setahun.
>Semalam kawan saya cerita di asrama di sekolah Serting , N.Sembilan 
>mengarahkan pelajarnya yang duduk asrama agar balik rumah setiap minggu kerana 
>kalau nak duduk asrama pada hujung minggu perlu bayar tambahan RM 8 sehari.
>
>Apa semua ni ? Kementerian Pelajaran tolonglah beritahu ibu bapa awal-awal 
>lagi bahawa tahun 2010 ni memang banyak bajet di potong.
>
>Hentikanlah politik, tak kiralah politik parti ke , politik jabatan ke. 
>Tumpukan kerja pada sekolah, guru dan pelajar.
>
>Ini tidak dalam Jabatan dan Kementerian Pelajaran pun banyak politik (bukan 
>politik parti) jatuh menjatuh. Ada Guru Besar dah buat majlis perpisahan tak 
>jadi pindah.
>
>Hentikanlah politik Bangang macam ni. Tumpukanlah pada nasib anak bangsa kita ?
>
>Semalam seorang kawan mengadu, anak jirannya pelajar perempuan Tingkatan 5 
>tahun ini tak mahu bersekolah. Lari dari rumah, duduk rumah kawan juga pelajar 
>perempuan Tingkatan 5, dua-dua tak sekolah. Berpakaian menjolok mata, 
>merayau-rayau saja kerjanya. Bukan tak mampu ke sekolah, tak dah fed up, tak 
>nak sekolah. Dengan masalah di rumah, masalah di sekolah.
>
>




      
________________________________________________________________________________________
Enjoy more chat on blogs and websites. Experience it with the Online Pingbox 
Creation Wizard. http://my.messenger.yahoo.com/pingbox

Kirim email ke