Salam semua,

Saya setuju dgan pendapat Abe di bawah.  Orang Msia ni hot bermusim saja.  Cuba 
tengok masa kartunis dari Eropah yg mempersendakan Rasul kita.  Masa tu bukan 
main lagi suluruh Msia nak boikot produk dari Eropah. Begitu juga dgan isu 
lain...kita bukan main sibuk lagi nak boikot produk2 dari negara2 yg 
berkenaan.  Lepas 5-6 bulan semua tu dah jadi hangat2 tahi ayam.  Secara 
rambangnya orang Msia ni macam lalang jer.

Disebabkan tu lah Pak2 Menteri kita boleh mempermainkan rakyat jelata; mereka 
tau yg Msian akan mengikut arahan mereka selepas sedikit komplen dari rakyat 
pada mulanya.  Dengan itu pak2 menteri kita akan mengumumkan projek2 besar yg 
kononnya boleh memberikan keselesaan pada rakyat tapi pada hakikatnya 
memperkayakan kuncu2 mereka saja. 

Sebagai contohnya kenapa terdapat 3 sistem LRT utk KL i.e. Putra, Star dan 
Monorel?  Kenapa tidak kerajaan menetapkan satu jenis saja dari mula supaya 
integrasi ditahap akhir dapat dilakukan dengan mudah walaupun pakej2 nya 
diberikan pada syarikat yg berbeza. 
Di sinilah peranan dari agensi kerajaan di perlukan utk memastikan yg konsepnya 
telah dilihat dari banyak peringkat i.e. whole life cycle of the project supaya 
unsur2 yg akan memberi masalah dapat dikenal pasti dari peringkat awal dan 
langkah2 pencegahan dapat di terapkan dari peringkat perancangan lagi.

Jika ini dilakukan, ianya bukan saja memudahkan pihak yg berwajib utk expand 
laluannya malah perbelanjaan maintenance juga dapat dikurangkan.  Dengan ini 
penjimatan ini dapat disalurkan kpd sektor ekonomi lain spt Pelajaran.  Benda2 
mcm ni lah yg kita nak Kerajaan kita laksanakan.

Dalam keadaan ini kerajaan patut tengok/kaji semula projek2 atau management 
expense yg semakin membelon dalam 2010 budget.  Tengok apa yg perlu dikurangkan 
diperingkat kerajaan sebelum masalah keewangan ni di lemparkan kpd rakyat.  Sbg 
Kerajaan, itu adalah tanggung mereka setelah amanah yg diberikan oleh semua 
dalam pilihanraya. 

Sayangnya semua ni hanyalah mainan bibir saja.  Dan jika subjek ni di 
bentangkan dlam akhbar atau melalui blog2 di inet, ianya akan dikira palsu dan 
individu akan diberi amaran untuk tidak memainkan emosi rakyat jelata dengan 
isu seperti ini.

Begitulah ceritanya di Boleh land.  

Sebagai rakyat Malaysia kita masih ada senjata yg boleh digunakan seperti Abe 
ceritakan dibawah melalui pilihanraya.  Undi adalah hak setiap individu di 
Malaysia.  Ini adalah peluang kita utk tentukan Kerajaan yg sepatutnya.  
Memanglah tak semua kerajaan perfect.  Sekurang2 nya kita boleh beri amaran kpd 
kerajaan semasa yg tampuk pemerintahan bukan hak keluarga mereka tapi 
ditentukan oleh rakyat.  Jika mereka tidak memperdulikan rakyat, rakyat berhak 
utk tukar mereka dengan parti yg lain.  Diharapkan dengan kelebihan ini, yg 
menang akan cuba utk melakukan kerja dgan sebaik mungkin untuk Rakyat.  Lagipun 
konsep demokrasi adalah "dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat" tidak 
berkaitan sama sekali dengan Tan Sri sana, Datuk Seri sini atau Tun itu. 

Sayangnya rakyat msia sekali lagi mudah dibeli undi mereka dengan hanya RM50 
atau sehelai kain pelikat/batik atau macam2 goodies lain.  Dengan ini walhasil 
balik asal. 

Minta maaf kalau pandangan mudah saya ni menggangu pihak2 lain di forum ni.  
Ianya cuma pendapat peribadi.  Tuan2 tidak perlu setuju kalau terdapat 
kecacatan dalm hujah di atas.

Wassalam
Azmi

--- On Mon, 2/8/10, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bankrap sangatkah Kementerian 
Pelajaran tahun 2010 ni
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Received: Monday, February 8, 2010, 12:38 PM







 









      Salam...puan
 
Gitulah nasib kita nampaknya.. tak banyak yang kita boleh buat puan.. harus 
terima je hakikat bahawa majoriti emak bapak lain kat Malaysia setuju dengan 
langkah yang dilaksanakan pemimpin mereka.. tak caya tengok pilihan raya akan 
datang... pemimpin yang sama akan dipilih.. Yang sedihnya mereka yang senada 
dengan puan pun ramai yang sokong kepimpinan yang sama... inilah taruhan kita 
atas segala pembangunan, kemewahan, kemajuan, subsidi minyak, suntikan ekonomi 
dan macam-macam yang kita telah terima dari kerajaan...
 
Tepuk dada.. tanya peraih undi(kalau pangkah dapat ape)..





From: "ame...@yahoo. com" <ame...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Monday, 18 January 2010 6:11:51
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bankrap sangatkah Kementerian 
Pelajaran tahun 2010 ni

 






Salam,

Saya pun mempunyai masalah yang sama gak...anak buah saya bersekolah di asrama 
penuh di Sg Petani Kedah, dan di minta balik setiap 2 minggu masalah nyer anak 
buah saya ini orang KLANG, x kan lah nk balik setiap 2 minggu sekali. Dah la 
dia tahun ni ambil PMR, ini akan menganggu dia untuk membuat ulangkaji 
pelajaran kerana terpaksa menumpang di umah kawan di area Sg Petani. Kenapa 
kerajaan x pikir ke sume ini? mereka ni lah bakal memimpin negara suatu hari 
nanti.....
--- On Sat, 1/9/10, roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com> wrote:


From: roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bankrap sangatkah Kementerian Pelajaran 
tahun 2010 ni
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Saturday, January 9, 2010, 3:21 PM


 

(Pemimpin dan ahli politik terutamanya UMNO, PAS dan PKR, tolonglah tengok 
masalah rakyat tahun 2010 ini yang semakin mencabar)

Tahun 2010 Kementerian Pelajaran telah mengurangkan bajet sebanyak RM 2 
Billion, ada yang kata RM 4 Billion.

Saya dah tulis sebelum ini ibu bapa , guru dan para pelajar harus mengambil 
langkah berjimat cermat agar tidak menjejaskan proses pembelajaran tahun 2010 
ini.

Dua artikel saya tulis agar guru, ibu bapa dan para pelajar mengubah sikap 2010 
ini untuk menangani masalah bajet yang dipotong RM 2 Billion ini pada pautan 
berikut
http://waghih. blogspot. com/2010/ 01/2010-guru- kena-bawa- baldi-ke- 
sekolah.html
http://waghih. blogspot. com/2009/ 12/ibu-bapa- kena-bawa-
 tukul-besi- ke.html

Apabila sesi persekolahan 2010 baru seminggu bermula, bermacam keluhan ibu bapa 
saya dengar. Terutamanya yang anak masuk asrama, kerana bayaran makan asrama 
telah naik RM 3 dari RM 1 untuk ibu bapa berpendapatan RM 5000 ke atas. 
Kemudian subsidi kerajaan berkurang dari 24 hari sebulan ke 20 hari sebulan.

Dengar cerita di MRSM bayaran nak masuk sekitar RM 2000 seorang.
Sebuah Sekolah Menengah Agama di Seremban yuran termasuk yuran asrama RM 1,200 
lebih setahun.
Semalam kawan saya cerita di asrama di sekolah Serting , N.Sembilan mengarahkan 
pelajarnya yang duduk asrama agar balik rumah setiap minggu kerana kalau nak 
duduk asrama pada hujung minggu perlu bayar tambahan RM 8 sehari.

Apa semua ni ? Kementerian Pelajaran tolonglah beritahu ibu bapa awal-awal lagi 
bahawa tahun 2010 ni memang banyak bajet di potong.

Hentikanlah politik, tak kiralah politik parti ke , politik jabatan ke. 
Tumpukan kerja
 pada sekolah, guru dan pelajar.

Ini tidak dalam Jabatan dan Kementerian Pelajaran pun banyak politik (bukan 
politik parti) jatuh menjatuh. Ada Guru Besar dah buat majlis perpisahan tak 
jadi pindah.

Hentikanlah politik Bangang macam ni. Tumpukanlah pada nasib anak bangsa kita ?

Semalam seorang kawan mengadu, anak jirannya pelajar perempuan Tingkatan 5 
tahun ini tak mahu bersekolah. Lari dari rumah, duduk rumah kawan juga pelajar 
perempuan Tingkatan 5, dua-dua tak sekolah. Berpakaian menjolok mata, 
merayau-rayau saja kerjanya. Bukan tak mampu ke sekolah, tak dah fed up, tak 
nak sekolah. Dengan masalah di rumah, masalah di sekolah.




        Design your own exclusive Pingbox today!
 It's easy to create your personal chat space on your blogs.



















      __________________________________________________________________
Yahoo! Canada Toolbar: Search from anywhere on the web, and bookmark your 
favourite sites. Download it now
http://ca.toolbar.yahoo.com.

Kirim email ke