Setiap suami isteri mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing
dan juga terhadap anak-anak mereka.


Di antara tanggungjawab suami ialah:

1- Menjadi pemimpin anak isteri di di dalam rumah tangga.

2- Mengajarkan ilmu yang fardhu ain (wajib) terhadap anak isteri.
Sekiranya tidak mampu mengajarnya sendiri, wajiblah si suami mencari guru
agama untuk mengajar anak dan isteri kita.
* Ilmu tauhid diajarkan supaya akidahnya selari dengan akidah ahli sunnah
wal jamaah.
* Ilmu fiqah diajarkan supaya ibadahnya berbetulan dengan kehendak ugama.
* Ilmu tasauf diajarkan supaya dia ikhlas dalam beramal dan dapat segala
amalannya dari segala kerosakan lantaran rasa ujub, riak, takabbur dan
sebagainya.

3- Memberi nafkah iaitu, makan. minum,pakaian. tempat tinggal dan sebagainya
dari sumber yang halal.

4- Tidak menzalimi anak isteri dengan:
* Memberikan didikan agama yang sempurna.
* Menanam dan memupuk sifat kasih sayang kepada ALLAH, Rasul, para sahabat
dan orang-orang solleh.
* Memberikan keperluan nafkah zahir dan bathin.
* Memberi nasihat serta menegur jika melakukan kesalahan atau maksiat.
* Jangan keterlaluan apabila memukul anak untuk mendidik.


Menjaga Rahsia Rumahtangga

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:" Sesungguhnya sejahat-jahat
manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang
melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya
kemudian ia menceritakan rahsia itu."


Riwayat Ahmad
Huraian

1. Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi
yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia
rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.

2. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah
kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya.
Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh
dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia
melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga.

Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud:
"Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas
ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri
yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang
menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya
sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad & Abu Daud)

Kirim email ke