Sila rujuk artikel saya sebelum ini guru yang baiki kelas guna duit sendiri 
kerana kerajaan tak ada duit di 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html 

Sekarang guru hanya akan dapat nasi bungkus bila hadir kursus.

Satu langkah yang bagus. Tetapi kenapa guru sahaja ?

Sebaiknya Perdana Menteri, Menteri Besar, Pengarah, Ketua Jabatan pun 
sepatutnya diberikan nasi bungkus apabila turun padang bertemu rakyat. Barulah 
rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Kalau tak ada duit, buatlah cara tak ada duit. 

Saya sendiri belanja sehari makan kekadang 60 sen sahaja, sarapan pagi bihun 
dan air kosong, tengahari makan subsidi kantin kilang, minum petang air kosong. 
Duit yang dijimatkan bolehlah bantu sikit-sikit DUN Paroi.

********************************** 
Berita Harian 14 Feb 2010 
Nasi bungkus untuk kursus guru

Peruntukan dicatu jejas usaha memartabatkan taraf profesionalisme pendidik

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan 
Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan 
tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi 
bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air 
teh atau kopi untuk minum pagi dan petang. 

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan 
hanya RM4 sehari. 

Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan 
(NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan 
untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti 
sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru. 

Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang 
pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di 
sekolah. 

"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan 
mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi 
dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk 
makan tengah hari. 

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik 
taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam. 

Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga 
tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan 
dapat dilangsungkan. 

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan 
membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya 
atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya. 

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap 
sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya. 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20100213224229/Article/index_html
  



      

Kirim email ke