Akm, minta laluan moderator
utk artikel ni
Siswa Nikah Koboi Dikira Zina?
Para siswa yang bernikah sesama sendiri dengan aqad, jurunikah, saksi dari
kalangan mereka tidak patut dianggap zina. Khasnya sekiranya mereka mempunyai
mahar mithl. Sekiranya nikah mut`ah, nikah hanafi, nikah siam tidak patut
dianggap zina kerana shubhat al-khilaf, maka begitu juga nikah para siswa
tersebut. La inkar fi al-khilaf.
Oleh itu, menjatuhkan hukuman zina terhadap mereka adalah salah. Mereka tidak
patut disamakan dengan para penzina, kerana wujudnya aqad dan saksi, jurunikah
(walau tidak bertauliah) dan mahar (sekiranya ada). Jelas, mereka tidak berniat
untuk berzina, tetapi berniat nikah (walau tidak tepat dan niat mrk boleh
diragui) dan tidak menepati enakmen majlis agama.
Persetubuhan mereka boleh disebut sebagai wati' shubhah (persetubuhan yang
mengelirukan) dan tersalah. Pernikahan mereka boleh dikira termasuk dalam
nikah-nikah batil, yang patut dibatalkan dan diaqadkan semula (tashih al-'aqd)
tanpa memanjangkan lagi cerita dan kes. Ingat! Nikah yang batil bukan bermakna
zina. Sekiranya mengandung, maka anak dinasabkan kepada bapanya mengikut
ittifaq 4 mazhab. Benar, mereka boleh dikenakan hukum ta'zir kerana menyalahi
imam (pemerintah dan enakmen negeri).
Tetapi untuk menyamakan perbuatan mereka dengan zina, itu amat bahaya dan
melampaui batas! Hanya mufti gila dan bodoh yang sangat cepat menghukum (qazf)
sedemikian seolah2 tidak pernah mempelajari khilaf 4 mazhab atau fiqh 13 mazhab
Islam atau seolah tidak tahu menghormati dan meraikan khilaf. Dalam hadith
riwayat al-Imam al-Tirmidhi, Rasulullah saw bersabda, "Mana-mana nikah tanpa
izin wali, maka nikahnya batil. Sekiranya ia (pengantin lelaki) telah
menyetubuhinya, maka baginya (pengantin perempuan) mahr kerana ia telah
menghalalkan farajnya."
Jelas, bahawa Nabi mewajibkan mahr bagi nikah batil (bukan zina) dan baginda
saw tidak mengatakan "ini ZINA!"...
Perkara ini perlu diselesaikan dengan berhemah, segera dan secara halus.
Berhati-hatilah dari tuduhan zina (qazf). Tuduhan zina amatlah berat, yakni
pensabitan mesti jelas tanpa sebarang syubhah.! Ingatlah Hadith "Idra'u
al-hudud bi al-shubuhat."
"Pemerintah sekiranya tersalah dalam memaafkan pesalah, lebih baik dari
menghukum orang yang tidak sabit bersalah." HR al-Tirmidhi.
Siswa tersebut tidak patut didakwa di bawah kesalahan Persetubuhan Haram
sebagaimana yang dikenakan terhadap tiga pesalah wanita (Genting Highland) yang
dihukum sebat pada 9 Feb 2010, mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah
Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah
melakukan persetubuhan luar nikah.
Majlis agama dan mahkamah sebolehnya melepaskan muslimin muslimat dari
disabitkan bersalah, selagi ada jalan untuk mereka dilepaskan.
Kami berdoa Semoga umat sentiasa berada dalam Sunnah dan mengikuti ijtihad para
imam mujtahid yang mu`tabar serta menghormati khilaf. Wassalam.
www.ustazabid.blogspot.com
_______________________________________________________________________________________
Connect instantly with friends on your blog and personal website. Create your
latest Pingbox today! http://my.messenger.yahoo.com/pingbox